Melaka mahu KPM pertimbang tarik bantuan pelajar kerap ponteng 

MELAKA – Kerajaan negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya bantuan persekolahan terhadap pelajar yang kerap ponteng sekolah ditarik balik sebagai langkah menangani isu ketidakhadiran berterusan dalam kalangan pelajar.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, cadangan itu membabitkan pelajar yang didapati ponteng secara berterusan sehingga mencecah tempoh dua hingga tiga bulan dalam setahun.

Menurut beliau, langkah berkenaan bertujuan memastikan bantuan pendidikan diberikan kepada pelajar yang benar-benar menghargai peluang pembelajaran selain menunjukkan komitmen terhadap kehadiran ke sekolah.

Katanya, tindakan itu juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan serta mendorong mereka mengambil serius soal disiplin persekolahan.

“Kerajaan negeri mencadangkan supaya bantuan ditarik balik kepada pelajar yang kerap ponteng kerana ia tidak adil kepada pelajar yang hadir ke sekolah dengan baik.

“Sekurang-kurangnya apabila bantuan ditarik balik, ibu bapa dan pelajar akan mula bertanya mengapa mereka tidak lagi menerima bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin di Pusat Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Bukit Palah.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara faktor utama yang dikenal pasti menyumbang kepada masalah ponteng sekolah ketika ini ialah ketagihan permainan video dan penggunaan gajet secara berlebihan.

Menurutnya, penggunaan telefon pintar tanpa kawalan terutama pada waktu malam menyebabkan sebahagian pelajar tidur lewat sebelum gagal bangun awal untuk hadir ke sekolah.

Katanya, masalah itu dilihat lebih ketara dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan lima yang lebih cenderung menghabiskan masa dengan permainan video serta media sosial.

Justeru, beliau menyarankan ibu bapa memainkan peranan lebih aktif dalam memantau penggunaan gajet anak-anak selain memastikan rutin harian lebih teratur bagi membendung masalah ponteng sekolah daripada terus berlarutan.

Foto: Melaka Hari Ini

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos