Jalan lencongan sementara FT185 dijangka dibuka 21 Mei

GUA MUSANG – Laluan Jalan Persekutuan FT185 di Pos Blau, Lojing yang terputus akibat kejadian runtuhan sebelum ini dijangka kembali dapat digunakan apabila jalan lencongan sementara hampir siap sepenuhnya.

Perkembangan itu susulan lawatan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi yang turun meninjau lokasi kejadian pada 2 Februari lalu bagi melihat sendiri keadaan laluan berkenaan.

Hasil tindakan susulan dan kerjasama rapat antara kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama agensi terlibat, pembinaan laluan alternatif itu dipercepatkan dan dijangka dibuka kepada pengguna seawal 21 Mei 2026.

Pembukaan semula laluan tersebut dilihat penting bagi memulihkan semula hubungan pengangkutan antara Kelantan, Pahang dan Perak yang terjejas sejak kejadian runtuhan berlaku.

Selain memudahkan pergerakan pengguna jalan raya, laluan itu juga dijangka membantu mengaktifkan kembali sektor ekonomi rentas negeri khususnya melibatkan industri pertanian, pelancongan dan logistik.

Kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada KKR serta Alexander atas komitmen dan keprihatinan dalam memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan rakyat.

Pengguna jalan raya bagaimanapun diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan dan memandu secara berhati-hati memandangkan laluan yang dibuka itu hanyalah jalan lencongan sementara.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka