Roti canai Awang kekal jadi buruan pengunjung setiap pagi 

BUKIT KATIL – Keenakan hidangan di restoran Awang Roti Canai terus menjadikan premis itu antara destinasi sarapan popular di negeri ini apabila tidak putus menerima kehadiran pelanggan seawal pagi.

Tinjauan mendapati, suasana di restoran berkenaan sentiasa meriah dengan kehadiran pelanggan pelbagai lapisan umur termasuk keluarga, pekerja serta pengunjung luar yang sanggup datang awal bagi menikmati hidangan roti canai yang menjadi sebutan ramai.

Keunikan tekstur roti canai yang rangup di luar dan lembut di dalam selain dipadankan dengan pilihan kuah kari menjadikan lokasi itu terus mendapat tempat dalam kalangan pelanggan tetap.

Selain roti canai kosong dan telur, pelanggan turut mempunyai pilihan menikmati pelbagai menu sampingan seperti sambal sotong, kambing, pari, isi jenahak dan daging masak lemak, sekali gus memberi kelainan kepada pengalaman bersarapan.

Lebih menarik, premis itu turut menawarkan menu asam pedas tetel berharga RM10 yang hanya dijual pada Sabtu dan Ahad, menjadikannya antara hidangan yang turut diburu pelanggan setia.

Difahamkan, premis di Bukit Katil itu merupakan cawangan kedua Awang Roti Canai selepas kejayaan premis pertamanya di Bukit Beruang, sekali gus memberi lebih pilihan kepada pelanggan khususnya di sekitar kawasan berkenaan.

Di sebalik populariti premis itu, kelibat Awang yang masih setia menyediakan roti canai secara langsung di hadapan pelanggan turut menjadi tarikan tersendiri selain mewujudkan suasana santai dan mesra kepada pengunjung.

Seorang pelanggan, Zahiruddin Abd Kalil berkata, dia gemar menjadikan lokasi itu sebagai tempat sarapan kerana rasa makanan yang konsisten selain pilihan lauk yang pelbagai.

“Kalau hujung minggu memang saya datang awal sebab suasana di sini lain daripada yang lain. Roti canai dia memang sedap, rangup dan pilihan lauk seperti sambal sotong serta asam pedas tetel memang menaikkan selera,” katanya ketika ditemui.

Populariti Awang Roti Canai membuktikan premis makanan berkonsepkan santai dan mengekalkan cita rasa tradisional masih mempunyai tempat tersendiri di hati masyarakat, sekali gus terus menjadi lokasi pilihan ramai untuk menikmati sarapan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills