Jejak novel pertama Melayu: Ilmuwan dipelawa rungkai Hikayat Panglima Nikosa

KUCHING – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pustaka Negeri Sarawak mempelawa para akademik, penyelidik, penulis serta pelajar pascasiswazah untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Hikayat Panglima Nikosa.

Persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 3 Disember 2026 di Wisma Melayu Sarawak, Kuching ini dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-150 Hikayat Panglima Nikosa, sebuah naskhah yang diiktiraf sebagai novel Melayu pertama yang diketahui di dunia.

Penganjuran persidangan ini bertujuan untuk menyediakan wadah intelektual bagi membincangkan pelbagai aspek penting termasuk tradisi persuratan Melayu, struktur naratif, sejarah percetakan, pemeliharaan manuskrip serta warisan pemikiran di Alam Melayu.

Antara tema perbincangan yang diketengahkan ialah Tradisi Kesusasteraan Melayu; Bahasa, Naratif dan Struktur Hikayat Panglima Nikosa; Sejarah Percetakan dan Pemeliharaan Dokumen di Alam Melayu; serta Pemikiran, Ideologi dan Pandangan Dunia dalam Tradisi Kesusasteraan.

Selain itu, pihak penganjur memaklumkan manuskrip boleh dihantar sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Menariknya, tiada sebarang caj pemprosesan artikel (APC) dikenakan kepada penulis. Kertas kerja yang terpilih dan melepasi proses penilaian teliti juga berpeluang untuk dipertimbangkan bagi tujuan penerbitan dalam Jurnal Kepulauan.

Bagi mereka yang berminat, tarikh akhir penghantaran abstrak ditetapkan pada 20 Jun 2026, manakala notifikasi penerimaan akan dimaklumkan pada 1 Julai 2026. Penghantaran kertas kerja penuh pula perlu dibuat selewat-lewatnya pada 1 September 2026.

Penghantaran kertas kerja boleh dibuat menerusi pautan dalam talian di https://forms.gle/QuAM3r2P9vAgzqcA7 atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster rasmi persidangan.

Sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat terperinci, orang ramai boleh berhubung melalui e-mel di melayuarchipelago@gmail.com atau menghubungi pegawai bertugas, Zafirah Othman di talian 016-872 8754.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas