Polis siasat dakwaan provokasi semasa program dialog rakyat di Arau

ARAU – Polis membuka siasatan berhubung dakwaan provokasi dan gangguan awam semasa program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat di sebuah inap desa di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya telah mengambil keterangan seorang pempengaruh media sosial dikenali sebagai DSA bagi membantu siasatan kes tersebut.

Menurut beliau, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan berkaitan kekecohan yang berlaku semasa sesi dialog rasmi kerajaan negeri itu berlangsung.

“Ketika sesi soal jawab berlangsung, individu terbabit dikatakan secara lantang telah bertanyakan beberapa soalan berkenaan isu di Perlis namun tidak dapat mengawal emosinya lalu berjalan ke hadapan pentas dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘lahanat’ yang ditujukan kepada YDP MPK sambil disaksikan oleh orang awam.

“Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya dihalang dan ditenangkan oleh pihak penguasa sebelum dibawa keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, program tersebut dipengerusikan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Marzita Mansor serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Affendi Rajini Kanth.

Tambah Ahmad Mohsin, pihak terlibat dipercayai tidak berpuas hati kerana beberapa persoalan yang dibangkitkan tidak dijawab sendiri oleh YDP MPK sehingga mencetuskan ketegangan semasa program berlangsung.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati program tersebut dihadiri kira-kira 50 orang termasuk wakil daripada 13 agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Suspek dipercayai mengambil peluang menghadiri majlis tersebut atas kapasiti sebagai rakyat negeri Perlis dan membangkitkan beberapa isu berkaitan pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

“Individu terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan kesiapsiagaan penuh untuk berdepan sebarang kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lebih awal, malah menyarankan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) turut diadakan serentak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bersedia pada tahap 75 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun tahap kesiapsiagaan tersebut masih tertakluk kepada keputusan serta hala tuju yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta