KAWAN ‘front liner’ perjelas dasar, tingkat keyakinan pada kerajaan

TAWAU – ‘Key Communicator’ (KAWAN) kini berada di barisan hadapan dalam menyampaikan fakta yang tepat, menjelaskan dasar kerajaan dengan bahasa mudah sekali gus menjadi pembina keyakinan rakyat terhadap hala tuju negara.

Timbalan Ketua Pengarah Komunikasi Komuniti JKOM, Suwadi Guliling berkata, dalam landskap komunikasi yang bergerak sangat pantas, golongan ini perlu sentiasa berhemah dalam Penyampaian dan dekat dengan rakyat.

“KAWAN memastikan setiap maklumat bukan sahaja tepat, tetapi turut mencerminkan realiti dan keperluan masyarakat di peringkat akar umbi agar mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti.

“Interaksi secara langsung bersama rakyat turut membantu membina kepercayaan serta mengukuhkan hubungan dua hala antara kerajaan dan masyarakat,” katanya berucap pada Program KAWAN @ MADANI di NADI Kg Batu 2, di sini, pada Sabtu.

Menurut Suwadi, pendekatan proaktif dan berterusan dalam menyampaikan pelbagai inisiatif kerajaan dilihat mampu memperkukuh kepercayaan rakyat serta memastikan manfaat yang disediakan benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

“Antara usaha utama kerajaan termasuk mengekalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memperkenal Sumbangan Asas Rahmah (SARA), program Jualan Rahmah, bantuan persekolahan serta pelaksanaan subsidi bersasar termasuk BUDI95 yang memberi manfaat langsung kepada golongan memerlukan.

“Melalui penyampaian maklumat yang tepat dan jelas, KAWAN membantu rakyat mengetahui kelayakan, cara mendapatkan bantuan serta tujuan sebenar setiap inisiatif dilaksanakan,” ujarnya.

Mengulas lanjut kolaborasi JKOM bersama NADI, beliau berkata ia merupakan kerjasama strategik yang mampu melahirkan generasi belia yang berilmu, berintegriti serta berperanan aktif dalam menyokong pembangunan dan kestabilan negara.

“Inilah platform interaksi dua hala antara agensi dan belia bagi memahami isu semasa serta keperluan komuniti di peringkat akar umbi.

“Kita juga ambil maklum akan keperluan kursus-kursus yang meningkatkan kemahiran digital selaras dengan perkembangan teknologi semasa dalam aspek pekerjaan, pendidikan dan keusahawanan,” jelasnya.

Related Posts

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan Barisan Nasional (BN) Johor akan bergerak secara solo dan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad SIBU – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) terus diperkasakan di Bahagian Sibu menerusi penganjuran Majlis Perasmian Jelajah ANMS 2026 yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

BN Johor sah gerak solo, tanding semua 56 kerusi DUN

Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Jelajah ANMS Sibu perkukuh kesedaran amalan hidup sihat

Fun Walk Sibu dapat sambutan luar biasa, SKUAD perluas mesej cegah salahguna dadah

Fun Walk Sibu dapat sambutan luar biasa, SKUAD perluas mesej cegah salahguna dadah

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

JaPen Sabah santuni rakyat, bawa perkhidmatan kerajaan ke Kg Talungan

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

Dewan Kg Talungan akan dibaik pulih dengan peruntukan RM100,000

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan

12 inisiatif baharu sempena Hari Guru, perkasa kebajikan dan digitalisasi pendidikan