Sektor kesihatan Sarawak harap peruntukan Persekutuan terus diperkukuh – Dr Sim

Oleh: Andy Anderson

KUCHING – Perubahan demografi yang sedang berlaku pada masa ini dijangka memberikan tekanan yang besar kepada sistem penjagaan kesihatan, khususnya dalam aspek penyakit tidak berjangkit, penjagaan komuniti, dan rawatan jangka panjang.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan hanya kira-kira 15 peratus populasi warga emas di negara ini berada dalam keadaan sihat.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bidang kejururawatan kini tidak lagi tertumpu pada penjagaan di hospital semata-mata, sebaliknya sedang berkembang ke arah penjagaan komuniti serta rawatan di rumah yang memerlukan kepakaran yang lebih khusus.

“Perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) juga dijangka memainkan peranan yang penting dalam transformasi sistem kesihatan pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Sim memaklumkan kemudahan kesihatan di Sarawak pada masa ini beroperasi dalam keadaan yang mencabar, termasuk berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga kerja berbanding dengan hospital di Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, hospital utama di negeri ini, khususnya Hospital Umum Sarawak (HUS), kini menanggung bebanan jumlah pesakit yang tinggi sehingga unit kecemasannya sering beroperasi melebihi tahap kapasiti.

Beliau turut mendedahkan sebuah hospital berkapasiti 1,000 katil di Semenanjung Malaysia mempunyai jumlah kakitangan yang jauh lebih ramai berbanding dengan hospital berkapasiti yang sama di Sarawak.

“Keadaan ini secara langsung memberikan tekanan yang besar kepada petugas kesihatan kita yang terpaksa mengendalikan jumlah pesakit yang tinggi dalam situasi kekangan sumber manusia,” jelas beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau menaruh harapan yang tinggi agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan kelangsungan peruntukan supaya sektor kesihatan di Sarawak tidak terjejas sekiranya terdapat langkah penjimatan perbelanjaan.

Tegas beliau, pengecualian pengurangan bajet itu amat penting memandangkan Sarawak masih memerlukan pengukuhan yang berterusan dari segi kemudahan dan tenaga kerja kesihatan demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak