17 keluarga di Hiliran Jejawi dakwa tiada pembelaan, berdepan pengusiran

KUALA TERENGGANU – Nasib 17 keluarga di Kampung Hiliran Jejawi yang diarahkan mengosongkan kediaman mereka terus mendapat perhatian apabila dakwaan mengenai ketiadaan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri mula menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat setempat.

Tinjauan dilakukan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd petang tadi memperlihatkan keadaan penduduk yang disifatkan berada dalam tekanan emosi selepas diarahkan keluar daripada tanah yang didiami sejak lebih 50 tahun lalu.

Menurut beliau, rata-rata penduduk meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa meninggalkan rumah masing-masing tanpa pampasan atau penyelesaian yang benar-benar mampu membela nasib mereka.

Katanya, kawasan itu bukan sekadar tempat tinggal, malah menjadi lokasi mereka membina kehidupan dan membesarkan anak-anak dalam keadaan serba kekurangan sejak beberapa dekad lalu.

“Wajah mereka jelas menggambarkan kesedihan. Mereka hidup di situ sejak sekian lama, namun kini diminta keluar begitu sahaja tanpa sebarang pampasan,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni penduduk terbabit.

Difahamkan, penduduk diberi tempoh sehingga 19 Mei ini untuk mengosongkan kawasan berkenaan.

Prihatin dengan keadaan tersebut, Armi Irzan mengambil inisiatif menyediakan bantuan lori bagi memudahkan urusan perpindahan selain ambulans untuk membantu warga emas dan penduduk uzur yang terlantar.

Beliau pada masa sama mempersoalkan pendekatan kerajaan negeri yang didakwa masih gagal mencari penyelesaian lebih manusiawi walaupun rundingan bersama penduduk dikatakan telah berlangsung sejak Februari lalu.

Menurutnya, sekitar tahun 2015 hingga 2016, kerajaan negeri terdahulu pernah menawarkan skim sewa beli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran kepada penduduk terlibat susulan keadaan kediaman mereka yang daif serta sering dilanda banjir.

Katanya, kira-kira 20 keluarga berjaya menyertai skim berkenaan, namun selepas berlaku pertukaran pentadbiran negeri, skim tersebut tidak diteruskan dan hanya tinggal konsep sewaan sehingga kini.

Keadaan itu, menurut beliau, menyebabkan sebahagian besar penduduk terus menetap di kawasan asal kerana kekangan kewangan dan ketidakmampuan memiliki rumah sendiri.

“Penduduk ini sedar tanah itu milik kerajaan, tetapi selepas puluhan tahun menetap di situ, sekurang-kurangnya berilah sedikit saguhati atau pampasan yang munasabah.

“Jangan biarkan rakyat miskin keluar dengan tangan kosong seolah-olah kehidupan mereka tidak bernilai,” katanya lagi.

Isu berkenaan kini mula mendapat perhatian masyarakat tempatan yang mempersoalkan tahap keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib golongan berpendapatan rendah yang berdepan tekanan hidup serta kehilangan tempat berteduh.

  • Related Posts

    Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

    PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

    KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

    Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

    Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

    Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

    Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

    Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

    Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

    Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

    Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

    Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

    Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

    Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik