Malaysia teliti tindakan lanjut susulan sekatan eksport peluru berpandu Norway – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti langkah susulan termasuk melalui saluran diplomatik dan perundangan selepas kerajaan Norway bertindak menyekat permit eksport bagi pembekalan peluru berpandu kepada Malaysia.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre semalam bagi membincangkan isu berkenaan.

Menurut beliau, Malaysia menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan saat akhir kerajaan Norway yang menyebabkan syarikat pembekal tidak dapat meneruskan penghantaran aset pertahanan seperti dipersetujui dalam kontrak.

Katanya, perjanjian itu dimeterai sejak 2018 dan pelaksanaannya sebelum ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah, termasuk aspek pembayaran yang dibuat mengikut jadual.

“Usaha melalui saluran diplomatik sedang dilaksanakan, selain kerajaan Malaysia turut mempertimbang tindakan susulan yang sewajarnya dari sudut perundangan.

“Perancangan dan pelaksanaan pelan pertahanan negara adalah kepentingan strategik yang tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata, kerajaan Malaysia tidak dapat menerima alasan yang diberikan Norway berhubung keputusan berkenaan kerana kontrak yang dipersetujui sebelum ini sudah berada pada peringkat pelaksanaan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan akan bertemu rakan sejawatnya dari Norway di Singapura pada penghujung bulan ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tindakan menyekat lesen eksport peluru berpandu antikapal Naval Strike Missile (NSM) kepada Malaysia.

Beliau turut dilaporkan menyifatkan keputusan berkenaan sebagai mengejutkan kerana pembatalan penghantaran aset berlaku hanya beberapa hari sebelum jadual penghantaran pada Mac lalu.

Laporan media antarabangsa sebelum ini menyebut Kementerian Luar Norway menarik balik beberapa lesen eksport melibatkan teknologi tertentu sebagai sebahagian daripada langkah memperketat dasar kawalan eksport negara itu.

Menurut maklumat syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), kontrak pembekalan NSM dimeterai antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kongsberg Defence & Aerospace pada April 2018 bernilai 124 juta euro (RM571.9 juta).

Perolehan itu bertujuan melengkapkan enam kapal tempur pesisir (LCS) milik TLDM dengan sistem peluru berpandu antikapal berkeupayaan serangan maritim jarak jauh melebihi 300 kilometer.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat