Pemuda UMNO Pasir Puteh lapor polis isu ceramah hina sahabat Nabi

PASIR PUTEH – Pemuda UMNO Pasir Puteh membuat laporan polis berhubung satu ceramah yang didakwa menyentuh serta menghina sahabat Rasulullah SAW selepas video berkenaan tular di media sosial.

Ketuanya merangkap Exco Pemuda Malaysia, Muhammad Saifullah Ali berkata, beliau membuat laporan itu selepas menonton rakaman video melibatkan seorang ahli politik yang menyentuh sejarah Saidina Abu Bakar Al-Siddiq RA dan Saidina Umar Al-Khattab RA.

Menurutnya, kejadian itu disedari pada 12 Mei 2026 kira-kira jam 3.15 petang ketika berada di Kuala Resort Kuala Semerak di sini.

Katanya, kenyataan dalam ceramah tersebut didakwa mengaitkan tokoh berkenaan dengan perkara tidak wajar sehingga menimbulkan rasa terkejut, marah dan gusar dalam kalangan umat Islam.

“Sebagai seorang Muslim, saya berpandangan kenyataan sedemikian amat tidak bertanggungjawab kerana sahabat Rasulullah merupakan tokoh yang sangat dimuliakan dalam Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Saifullah berpendapat kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai penghinaan terhadap tokoh agung Islam selain berpotensi mencetuskan ketegangan serta perpecahan dalam masyarakat.

Menurutnya, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat pelanggaran undang-undang.

Katanya, antara peruntukan yang dicadangkan termasuk Seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Muhammad Saifullah turut berharap tindakan tegas dapat diambil bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara serta mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap agama Islam.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti