Lembaga Padi Sarawak pencetus transformasi industri agro, jamin sekuriti makanan

KUCHING – Penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sarawak disifatkan sebagai langkah strategik dan berpandangan jauh kerajaan negeri dalam memastikan sekuriti makanan di wilayah ini terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, inisiatif tersebut merupakan satu titik perubahan besar atau ‘game changer’ bagi mentransformasikan industri padi tempatan daripada kaedah konvensional kepada sektor agro moden yang lebih sistematik.

“Rang Undang-Undang (RUU) ini bukan hanya satu dasar baharu, tetapi langkah tepat pada waktunya ketika dunia berhadapan ketidaktentuan global seperti konflik geopolitik dan perubahan iklim.

“Tindakan kerajaan Sarawak ini jelas menunjukkan kebijaksanaan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa merancang lebih awal demi melindungi kepentingan rakyat serta masa depan wilayah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa.

Mengulas lanjut, Royston menjelaskan, pendekatan yang diambil melalui RUU tersebut bersifat menyeluruh kerana ia merangkumi aspek penyelidikan, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), logistik serta pembangunan kawasan jelapang padi.

Menurutnya, memandangkan Sarawak mempunyai bentuk muka bumi yang unik, pendekatan ‘one size fits all’ tidak lagi sesuai diamalkan dan penubuhan lembaga itu akan memberi ruang kepada negeri ini membentuk dasar yang berpaksikan realiti tempatan.

“Kita mahu beralih ke arah pertanian pintar dan tepat. Saya yakin lembaga ini bakal menjadi pemangkin utama kepada transformasi sektor pertanian Sarawak selari dengan agenda pendigitalan,” jelasnya.

Dalam perbahasan sama, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan Institut Penyelidikan Beras Sarawak di bawah kelolaan lembaga berkenaan pada masa hadapan.

“Institusi ini boleh menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan benih padi yang tahan cuaca ekstrem, penggunaan teknologi dron serta pembangunan modal insan berskala besar,” ujar beliau.

Tambahnya, lembaga tersebut juga diharap dapat menarik minat golongan muda untuk bergelar agropreneur moden, sekali gus berupaya mengurangkan kebergantungan Sarawak terhadap import makanan pada masa hadapan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak