Berhati-hati ulas kisah sahabat Nabi SAW, bercakap tidak benar perkara sangat berat

ISU membabitkan ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang menyentuh keperibadian para sahabat Rasulullah SAW terus mencetuskan polemik dan perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Naib Canselor UniSIRAJ, Dr Rozaimi Ramle tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat itu yang didakwa menyamakan Saidina Abu Bakar RA sebagai “ceti” serta menggambarkan Saidina Umar Al-Khattab RA sebagai individu yang “hobi berzina” sebelum memeluk Islam.

Menurut Dr Rozaimi yang memiliki kelulusan PhD Hadith, kenyataan sedemikian boleh menimbulkan salah faham terhadap sejarah serta kedudukan dua sahabat besar Rasulullah SAW yang sangat dimuliakan dalam Islam.

Beliau menjelaskan, Saidina Abu Bakar RA sejak sebelum memeluk Islam lagi terkenal sebagai tokoh Quraisy yang mempunyai reputasi tinggi, dipercayai masyarakat serta dikenali kerana sifat pemurah dan suka membantu orang lain.

Katanya, gambaran bahawa Abu Bakar memperoleh kekayaan melalui amalan “menceti” adalah tidak tepat dan boleh membawa persepsi negatif terhadap peribadi sahabat Nabi itu.

“Abu Bakar merupakan seorang tokoh yang sangat dipercayai. Sebelum memeluk Islam lagi beliau dikenali sebagai individu yang mempunyai reputasi baik, suka membantu orang dan menjadi penjamin dalam urusan masyarakat Quraisy.

“Jadi salah sekiranya seseorang menggambarkan Abu Bakar menjadi kaya kerana melakukan pekerjaan ceti atau memeras harta orang lain,” katanya menerusi satu video penerangan berdurasi 12 minit 53 saat yang dimuat naik pada Selasa.

Menurut beliau lagi, kekayaan Saidina Abu Bakar RA diperoleh melalui aktiviti perniagaan yang mulia dan dihormati masyarakat Arab ketika itu, bukannya menerusi cara yang dipandang hina.

Dalam masa sama, Dr Rozaimi turut menegur dakwaan berkaitan Saidina Umar RA yang disebut menjadikan zina sebagai “hobi” sebelum Islam.

Katanya, sejarah hanya menggambarkan Umar sebagai seorang yang keras dan tegas terhadap Rasulullah SAW serta umat Islam sebelum menerima hidayah, namun tidak terdapat riwayat sahih yang menunjukkan beliau terbabit dengan perlakuan zina secara terbuka atau menjadikannya sebagai kebiasaan hidup.

“Adakah Umar menjadikan zina sebagai hobi? Allah lebih mengetahui, tetapi saya tidak menemukan mana-mana kitab yang menggambarkan Umar sedemikian.

“Sebaliknya Umar dikenali sebagai tokoh Quraisy yang mempunyai reputasi tinggi dan berasal daripada keluarga bangsawan yang dihormati,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perlakuan zina sendiri dianggap sebagai aib dalam masyarakat Arab Quraisy ketika itu, justeru tidak wajar melabelkan tokoh besar Islam dengan gambaran sedemikian tanpa sandaran jelas.

Sehubungan itu, Dr Rozaimi mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati ketika membicarakan kisah para sahabat Nabi SAW kerana ia melibatkan insan-insan yang dimuliakan dan mempunyai kedudukan tinggi di sisi umat Islam.

“Saya faham mungkin niat asalnya mahu menceritakan perubahan besar Abu Bakar dan Umar selepas memeluk Islam, namun tidak perlu menyebut perkara yang tidak pasti atau boleh mengelirukan masyarakat.

“Dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, menghina sahabat atau bercakap sesuatu yang tidak benar mengenai mereka merupakan perkara yang sangat berat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pendakwah dan penceramah supaya memastikan setiap fakta sejarah yang disampaikan mempunyai sandaran daripada kitab-kitab riwayat yang sahih bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Perlu diketahui nama-nama yang disebut itu termasuk dalam 10 sahabat yang dijamin syurga.

“Saya pernah menulis buku berkaitan perkara ini dan ramai yang sangsi. Sekarang sudah nampak mengapa pentingnya kita menyelami biografi mereka,” katanya.

Terdahulu, menerusi satu lagi video dimuat naik di media sosial, Nik Zawawi dilihat tidak menarik balik kenyataannya atau memohon maaf, sebaliknya memaafkan pihak yang menegurnya.

Malah, beliau turut mendakwa individu yang menegurnya sebagai “belajar tidak habis” serta meminta mereka memperbanyakkan bacaan supaya tidak menjadi “syaitan bisu” yang tidak menegur kemungkaran lebih besar.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar turut mengingatkan masyarakat supaya menjaga adab terhadap para sahabat Rasulullah SAW kerana merekalah generasi yang membawa dan menyampaikan Islam kepada umat hari ini.

“Para sahabat Nabi SAW ialah generasi yang menyampaikan Islam kepada kita.

“Tanpa pengorbanan mereka, mungkin kita tidak mengenal Islam hari ini,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertarikh 19 April 2026, susulan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa proklamasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC