Pulau Pinang laksana kesiapsiagaan hadapi cuaca panas ekstrem El Nino

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang mengambil langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi cuaca panas yang ekstrem akibat fenomena El Nino yang dijangka melanda negeri ini terutama pada penghujung tahun nanti.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi pendekatan dan hebahan kepada umum.

“Kerajaan Pulau Pinang komited melindungi kesihatan rakyat semasa cuaca ekstrem dengan mematuhi panduan gelombang haba yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Panduan ini merangkumi pengurusan risiko kesihatan secara berstruktur berdasarkan ambang suhu, serta memberi fokus kepada kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan pesakit kronik.

“Jabatan Kesihatan Pulau Pinang pula memainkan peranan memantau penyakit berkaitan haba berdasarkan amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, di samping menyalurkan nasihat dan pendidikan kesihatan secara berterusan bagi membantu komuniti bersedia dan melindungi diri semasa cuaca panas,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Muhammad Fauzi Yusoff berhubung kesiapsiagaan kerajaan negeri bagi menghadapi cuaca panas ekstrem dan bentuk sokongan kepada golongan B40.

Beliau juga memberitahu, Kerajaan Pulau Pinang juga komited membantu golongan terjejas bencana dengan memberi fokus kepada komuniti B40 melalui program turun padang bagi meningkatkan kesedaran tentang El Nino dan risiko berkaitan.

“Selain itu, bantuan kewangan turut disediakan kepada mangsa bencana melalui Bantuan Wang Ihsan (BWI) oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara, RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas dan RM10,000 bagi kes kematian.

“Bantuan lain adalah Tabung Bencana Negeri Pulau Pinang iaitu sagu hati 20 peratus daripada kerosakan kediaman minimum RM200, maksimum RM10,000,” ujarnya.

Jelasnya, langkah tersebut bertujuan meringankan beban dan membantu pemulihan mangsa tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.

“Kerajaan Pulau Pinang juga bersedia menghadapi ribut dan puting beliung pasca El Nino melalui tiga teras utama Pemantauan dan Amaran Awal iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia menyalurkan maklumat cuaca dan amaran melalui sistem Penang Alert serta SMS kepada agensi berkaitan.

“MBPP membangunkan sistem pemantauan masa nyata (VIP dashboard) dan Jabatan Kerja Raya menjalankan pemeriksaan berkala struktur,” tambahnya.

Related Posts

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

BATU PAHAT – Pelbagai bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

KEPUTUSAN Ketua Dewan Muslimat Pas Perlis, Husna Hashim menolak pelantikan sebagai Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Besar dilihat membuka ruang kepada pelbagai tafsiran politik mengenai tahap sebenar hubungan Pas dan Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha