Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar.

Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan pelajar Parlimen Muar, Pagoh dan Bakri yang berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang atas kejayaan mereka dalam peperiksaan SPM 2025.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin serta Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Zulkurnain Abdul Rahman bersama barisan pemimpin masyarakat, pegawai pendidikan, guru-guru serta ibu bapa pelajar.

Menurut Fadhlina, kejayaan sebenar pelajar bukan hanya terletak pada keputusan peperiksaan, tetapi turut melibatkan aspek disiplin, sahsiah dan keupayaan menjadi insan yang mampu menyumbang kepada masyarakat.

Johor turut mencatatkan peningkatan membanggakan dalam keputusan SPM 2025, sekali gus membuktikan keberkesanan usaha berterusan kerajaan, pihak sekolah, guru dan ibu bapa dalam memperkukuh mutu pendidikan negeri.

Kejayaan Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ) turut dijadikan contoh terbaik dalam membuktikan bahawa kecemerlangan holistik mampu dicapai menerusi perancangan strategik, komitmen tinggi dan usaha berterusan daripada semua pihak.

Beliau turut berharap para pelajar yang diraikan akan terus melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi serta menjadi generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki nilai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

  • Related Posts

    Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

    MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad. Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

    SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

    Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

    UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

    UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

    Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

    Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

    Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

    Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

    Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

    Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

    Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

    Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan