Retreat Pengurusan Tinggi perkukuh transformasi pendidikan tinggi negara

LUMUT – Agenda memperkukuh masa depan pendidikan tinggi negara terus diperkasa apabila Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menghimpunkan kepimpinan tertinggi Universiti Awam dan syarikat Holdings universiti dalam Retreat Pengurusan Tinggi yang berlangsung selama dua hari di Lumut.

Program berkenaan melibatkan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (LPU), Naib-Naib Canselor, Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Holdings Universiti Awam dan Bendahari Universiti Awam dalam usaha menyelaras hala tuju strategik pendidikan tinggi negara.

Menurut Zambry, retreat itu menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan peranan strategik Universiti Awam dan syarikat Holdings dalam mendepani cabaran baharu landskap pendidikan tinggi negara.

Katanya, ia juga merupakan kali pertama semua pihak utama dalam ekosistem universiti awam dihimpunkan dalam satu perbincangan berskala besar bagi membina kesepaduan, memperkukuh kefahaman serta menyelaras tindakan secara lebih berkesan.

“Universiti Awam perlu bergerak dengan pendekatan lebih kreatif, strategik dan mampan untuk terus kekal berdaya saing.

“Holdings pula tidak boleh dilihat sekadar entiti korporat yang bergerak secara berasingan, sebaliknya perlu memainkan peranan penting membantu universiti menjana pendapatan, memperkukuh ekosistem serta membuka ruang pertumbuhan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Retreat Pengurusan Tinggi bersama kepimpinan Universiti Awam dan syarikat Holdings universiti, di sini pada Isnin.

Tambah beliau, universiti dan syarikat Holdings perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan matlamat yang sama melalui komunikasi yang jelas, kepercayaan serta perkongsian visi demi memastikan setiap keputusan strategik dapat dilaksanakan secara bersama.

Dalam masa sama, beliau optimis pengalaman luas tokoh korporat, bekas penjawat awam kanan dan pemimpin industri yang menerajui LPU serta Holdings mampu menjadi aset besar dalam memperkukuh pembangunan Universiti Awam negara.

Retreat seperti ini akan diteruskan setiap tahun sebagai platform memperkukuh hubungan strategik, menilai pencapaian dan mencetuskan idea baharu demi masa depan pendidikan tinggi Malaysia,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang memberikan komitmen penuh sepanjang program berlangsung dan berharap segala usaha yang dirancang mampu membawa manfaat besar kepada universiti, mahasiswa serta negara.

Foto: FB Zambry Abd Kadir

Related Posts

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menggesa semua pihak melihat isu pengurusan dan pengeluaran pasir di Sungai Pahang melalui perspektif ilmiah dan teknikal, bukannya dijadikan modal politik yang mengelirukan rakyat. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

TAWAU – UMNO Sabah kekal komited mempertahankan Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai lambang perpaduan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan sistem demokrasi berperlembagaan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

Isu eksport pasir wajar dilihat dari sudut teknikal

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

Peruntukan RM500,000 naik taraf jambatan Taman Yik King legakan penduduk

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

‘Empowering Women’ penggerak pembangunan keluarga, masyarakat – Rina

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas