Ahli UMNO perlu bersatu agar parti jadi wadah perjuangan generasi akan datang

AHLI UMNO perlu terus bersatu bagi memastikan parti itu kekal relevan dan terus memainkan peranan sebagai sebuah wadah perjuangan yang boleh diwariskan kepada generasi akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kesatuan dalam kalangan ahli UMNO perlu menjadi tunjang utama bagi memastikan parti ini terus mendapat kekuatan dan sokongan di setiap peringkat, sama ada bahagian mahupun cawangan.

“Kekuatan asas selama 80 tahun itu membolehkan UMNO terus bertahan merentasi pelbagai generasi walaupun parti ini melalui pelbagai fasa naik dan turun dari segi kekuatan politik.

“Kejayaan kita mengekalkan UMNO selama 80 tahun adalah hasil daripada perjuangan para pejuang terdahulu yang telah membina parti ini dengan asas dan fundamental yang sangat kuat,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, pada Isnin.

Tambahnya beliau berasa berbangga menjadi seorang ahli UMNO, sebuah parti yang telah menjangkau usia 80 tahun.

“UMNO merupakan sebuah parti yang telah banyak berjasa dan sudah tentu, jasa UMNO kepada negara ini tidak terhitung. 

“UMNO akan tetap kukuh, terus hidup dan wajar dibanggakan walaupun melalui pelbagai fasa naik turun dalam kekuatan politik sepanjang perjalanan 80 tahun,” katanya.

Related Posts

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan