Program Outreach Johor 2026 dekati rakyat, perkasa agenda Sejahtera MADANI

BATU PAHAT – Kerajaan terus komited memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi pendekatan turun padang apabila Program Outreach Negeri Johor 2026 berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Melodi, Parit Bilal, hari ini.

Program yang dianjurkan di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI Negeri Johor itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar dengan kehadiran beberapa kenamaan termasuk Dr Hj Mohd Khalid Abdul Samad, Datin Norasikin Noordin, Zaini Sayuti, Jumari Jumaat serta Hasmi Hashim.

Dalam ucapannya, Onn Abu Bakar merakamkan penghargaan kepada Pejabat Pembangunan Negeri Johor dan ICU JPM Johor atas usaha menganjurkan program yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik di satu lokasi demi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat serta akses kepada pelbagai perkhidmatan.

“Program seperti ini amat penting kerana ia membawa kerajaan lebih dekat dengan rakyat. Pendekatan outreach bukan sekadar turun padang, tetapi mendengar denyut nadi masyarakat, memahami cabaran rakyat dan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, isu kemiskinan tidak hanya berkait soal pendapatan semata-mata, malah melibatkan akses kepada pendidikan, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Justeru, pelbagai inisiatif termasuk bantuan kebajikan, program eKasih, latihan kemahiran, bantuan pendidikan serta sokongan keusahawanan terus diperkasa bagi membantu rakyat meningkatkan taraf hidup.

Beliau berkata, program outreach turut membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat tepat mengenai bantuan kerajaan kerana masih terdapat rakyat yang layak menerima bantuan tetapi tidak mengetahui saluran yang tersedia.

“Peranan agensi kerajaan turun terus ke lapangan amat penting supaya penyampaian perkhidmatan menjadi lebih cepat, telus dan efektif,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa pembangunan pesat Johor perlu diseimbangkan dengan usaha memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.

“Johor merupakan antara enjin utama ekonomi negara. Namun pembangunan tidak akan bermakna sekiranya masih ada rakyat yang hidup dalam kesusahan dan terpinggir daripada arus pembangunan,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat agar memanfaatkan segala program dan bantuan yang disediakan kerajaan demi membina komuniti yang lebih sejahtera dan berdaya saing.

Program berkenaan turut disertai pelbagai agensi kerajaan, pemimpin komuniti dan masyarakat setempat yang hadir mendapatkan maklumat berkaitan bantuan serta peluang pembangunan komuniti.

Related Posts

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

MUKAH – Projek Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah yang menghubungkan kawasan di antara Sungai Penakub dengan Sungai Tellian kini berjalan lancar, sekali gus dijangka bakal memberikan manfaat sosioekonomi jangka panjang kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

KUANTAN – Polis menahan tujuh pelajar sebuah sekolah agama di Rompin, kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian buli, bulan ini. Mangsa terdiri daripada tiga pelajar berusia 14 tahun yang belajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Model negara bukan sekadar dalil, Pas perlu jawab dengan dasar dan prestasi

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Tujuh pelajar sekolah agama ditahan bantu siasatan kes buli

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi dalam talian