RM6.4 juta diperuntuk jayakan kempen kesedaran alam sekitar I-Hijaui

MEMBAKUT – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah memperuntukkan sebanyak RM6.4 juta kepada 25 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan kempen Inisiatif Hijau (I-Hijau) selaras aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan itu disalurkan bagi memperkukuh pelaksanaan program kesedaran alam sekitar di semua daerah.

“Program anjuran KKTP bersama Majlis Daerah Beaufort ini merupakan inisiatif yang sangat baik dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

“Tadi saya menyampaikan sumbangan daripada KKTP, untuk semua 25 PBT iaitu Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Lembaga Perbandaran.

“Keseluruhannya RM6.4 juta untuk mereka melaksanakan pelbagai program yang sesuai dengan kempen kita, iaitu I-Hijau,” ujarnya semasa ditemui media selepas merasmikan Jelajah Inisiatif Hijau (I-Hijau) KKTP Aspirasi SMJ 2026 Daerah Membakut, di sini, pada Sabtu.

Mengulas mengenai penglibatan golongan muda dalam program tersebut, Mohd Arifin berkata, kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

“Tadi juga program kebanyakannya melibatkan anak muda, melibatkan pelajar dan mereka juga terlibat dengan pertandingan, dengan inovasi masing-masing.

“Dan ini sangat baik dan memang sesungguhnya kesedaran tentang I-Hijau atau kesedaran tentang alam sekitar ini perlu dipupuk bermula daripada sekolah,” kongsinya.

Tambahnya, KKTP akan terus menjalinkan kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran hijau di sekolah.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, beliau telah menjelajah lima PBT setakat ini dan baki kira-kira 20 daerah lagi dijangka selesai dalam tempoh dua bulan sebagai usaha mendapatkan isu-isu daripada semua PBT.

“Antara isu utama yang dikenal pasti melibatkan aspek perjawatan, kebajikan dan keselesaan kakitangan, keperluan bangunan tambahan, peranan konsesi, penyelenggaraan jalan, pemotongan rumput serta kemudahan awam seperti pasar awam.

“Termasuklah isu-isu sampah dan insya-Allah saya akan berkunjung atau melawat dan mendapatkan taklimat berhubung dengan perkara ini di beberapa daerah yang kita jadikan fokus.

“Kita akan cuba selesaikan dengan dua pendekatan, pertama dengan peranan PBT, kedua dengan peranan masyarakat itu sendiri seperti mana program I-Hijau ini peranan dan kesedaran perlu bermula daripada masyarakat itu sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, siri jelajah selepas ini akan diteruskan ke kawasan Pantai Timur, Pantai Barat Utara termasuk Kudat, Kota Marudu, Pitas, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kinabatangan, Sugut, Ranau, Kota Belud serta beberapa kawasan pedalaman Sabah.

Beliau turut berharap lebih banyak NGO, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pertubuhan lain dapat bekerjasama dengan KKTP dan Majlis Daerah dalam memperkukuh usaha memupuk kesedaran menjaga alam sekitar dan kebersihan kawasan masing-masing.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan