200 penerima STR Beluru manfaat agihan di Jualan Rahmah MADANI

BELURU – Seramai 227 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kawasan Beluru hadir menerima bantuan masing-masing dalam program agihan yang diadakan di Dewan Masyarakat Beluru, sebelum turut memanfaatkan peluang berbelanja di Program Jualan Rahmah MADANI, pada Sabtu.

Penolong Pegawai Kewangan Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Jastina Jamil berkata, program itu dilaksanakan khusus bagi penerima tanpa akaun bank dengan penyaluran bantuan dibuat secara tunai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Bagi fasa kali ini, seramai 227 penerima terlibat di Beluru dan semua penunaian dibuat secara tunai dan secara lumpsum melibatkan beberapa fasa agihan,” katanya.

Beliau menjelaskan, antara cabaran utama pelaksanaan program adalah memastikan kehadiran penerima ke lokasi agihan memandangkan faktor geografi Sarawak yang luas serta kedudukan kediaman yang jauh di pedalaman.

Menurutnya, kerjasama bersama Pejabat Daerah dan ketua masyarakat (KMKK) penting bagi memastikan maklumat sampai kepada penerima di rumah panjang dan kawasan luar bandar.

“Penerima yang tidak dapat hadir pada hari agihan masih boleh membuat penunaian sehingga 31 Disember 2026 di cawangan bank terdekat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat perubahan dalam jumlah penerima STR berbanding tahun sebelumnya susulan penyusunan semula kategori bantuan termasuk pemindahan kategori bujang kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan terus melalui kad pengenalan.

Selain itu, beliau turut menegaskan kehadiran penerima ke program turut disokong pelbagai agensi termasuk Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan National (BSN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), RELA, APM, Pejabat Daerah serta KMKK.

Pendekatan program bersepadu itu bukan sahaja memudahkan penerima menunaikan bantuan, malah membolehkan mereka terus berbelanja secara berhemah melalui Jualan Rahmah Madani yang menawarkan barangan bersubsidi di lokasi sama.

Mengulas aspek bantuan khas, Jastina berkata, penerima kurang upaya turut diberi keutamaan dengan bantuan terus ke kenderaan sekiranya tidak mampu bergerak ke kaunter agihan.

Sementara itu, beliau berharap bantuan STR dapat diteruskan bagi meringankan beban rakyat, namun dalam masa sama menggalakkan penerima meningkatkan pendapatan agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan pada masa hadapan.

“Harapan kita adalah supaya penerima dapat meningkatkan ekonomi sendiri. Bantuan ini bersasar kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan