Kedudukan dua ADUN Bersatu dipecat ditentukan selepas Sanusi menghadap Sultan Kedah

ALOR SETAR – Sebarang keputusan berkaitan kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah yang dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibuat mengikut prosedur pentadbiran dan selepas menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak akan bertindak tergesa-gesa dalam menentukan status ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis.

Menurutnya, perkara itu perlu diperhalusi secara menyeluruh dan mempersembahkan perkembangan semasa kepada Sultan Sallehuddin sebelum sebarang tindakan diputuskan.

“Segala tindakan perlu ikut proses pentadbiran. Kita perlu bincang secara terperinci, sembah maklum kepada Tuanku Sultan dan seterusnya menjalani proses mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kedudukan mereka akan dibincangkan lanjut. Mereka bukan pembangkang, sebaliknya ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas kedudukan Dzowahir yang memegang portfolio Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri dan Abdul Razak selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang dipecat Bersatu pada Jumaat.

Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, surat daripada Bersatu yang memohon pertukaran jawatan Exco dan Timbalan Speaker telah diterima lebih awal, namun kerajaan negeri ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan kerana kedua-dua ADUN berkenaan masih menjadi ahli parti.

Katanya, perkara tersebut turut dibincangkan ketika Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kubang Rotan dan Bersatu Kedah pada 10 April lalu.

“Ketika itu mereka belum dikenakan tindakan oleh parti, jadi tiada sebab untuk menukar mereka dengan individu lain.

“Sekarang sudah ada surat rasmi pemecatan diterima, namun tindakan tetap tertakluk kepada prosedur pelantikan Exco dan Timbalan Speaker,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Bersatu menerusi notis yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Datuk Mohd Radzi Manan memaklumkan Dzowahir dan Abdul Razak dipecat daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu