Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

KUANTAN – Titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas.

Titah baginda itu juga bukan bersifat politik kepartian, namun lahir daripada rasa prihatin dan tanggungjawab sebagai payung di negeri Pahang yang berdaulat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, titah disampaikan Tengku Hassanal itu juga secara jelas menunjukkan baginda mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan politik kepartian.

“Ini jelas apabila baginda secara terus-terang menasihati wakil rakyat supaya selalu turun padang dan tidak hanya muncul apabila hampir dengan musim pilihan raya.

“Baginda juga memuji langkah kerajaan Pahang diterajui Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Menteri Besar, yang menyediakan peruntukan RM15,000 setiap minggu untuk wakil rakyat di 42 kawasan DUN bagi membantu penduduk yang terkesan akibat konflik Asia Barat,” katanya kepada The Malaysia Press.

Selain itu, Ahmad Irshadi juga melihat keprihatinan Tengku Hassanal terhadap prestasi pendidikan di negeri Pahang dengan memberi contoh pencapaian Maahad Tahfiz Turath dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

“Maahad Tahfiz Turath merekodkan pencapaian terbaik bagi SPM 2025 di peringkat Kebangsaan, manakala Maahad Tahfiz Negeri Pahang pula berjaya mengekalkan prestasi sebagai antara empat institusi terbaik di seluruh negara,” jelasnya.

Mengenai teguran berkaitan isu eksport pasir sungai, Ahmad Irshadi memaklumkan, perkara berkenaan perlu diselesaikan dengan cermat dan berhemah antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pahang.

Jelasnya, luahan Tengku Hassanal itu mempunyai asas memandangkan kerajaan negeri dilihat dapat menambah kutipan hasil yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat.

“Saya menjunjung kasih atas titah dan kebijaksanaan Tengku Hassanal dalam hal ini, dan menjadi harapan semua agar perkara berkenaan dapat menemui jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu