KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, hari ini mengumumkan enam perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Beliau dalam kenyataan berkata, perubahan penempatan itu berkuat kuasa Isnin ini membabitkan jawatan dua ketua setiausaha (KSU) dan empat timbalan ketua setiausaha (TKSU).

Katanya, pergerakan dan pelantikan jawatan itu langkah strategik dalam memacu Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan diharapkan dapat mempercepat keberhasilan matlamat Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat.

“Ia mencerminkan iltizam kerajaan untuk melahirkan organisasi yang berpaksikan prestasi, berintegriti tinggi serta berupaya menggerakkan reformasi sektor awam ke arah penyampaian perkhidmatan lebih cekap dan berkesan.

“Kerajaan yakin barisan kepimpinan yang dilantik ini mampu menggalas amanah dengan penuh dedikasi seterusnya memperkukuh sinergi antara kementerian dan agensi,” katanya, lapor Bernama.

Mereka yang terbabit ialah KSU Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Dr Aminuddin Hassim yang dilantik sebagai KSU Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), manakala jawatan beliau kini digalas TKSU (Perancangan dan Pembangunan) KPM, Datuk Wan Hashim Wan Rahim.

Sementara itu, TKSU (Dasar) KPT, Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian dilantik sebagai TKSU (Perancangan dan Pembangunan) KPM.

TKSU (Pelaburan dan Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil pula dilantik TKSU (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala MITI, A R Jaya Singam dilantik TKSU (Pelaburan dan Pengurusan) MITI, manakala Timbalan Ketua Pengarah (Governan dan Pembangunan) Jabatan Pendidikan Tinggi KPT, Ahmad Rizal Adnan, dilantik sebagai TKSU (Dasar) kementerian sama.

Related Posts

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untukKementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti