KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad

KANOWIT – Kemeriahan silang budaya dan semangat perpaduan kaum terserlah di pekan ini apabila lebih 1,000 peserta membanjiri perarakan Niti Daun sempena Karnival Kebudayaan Kanowit (KCF) 2026 yang julung kali diadakan pada Jumaat.

Acara penuh warna-warni yang bermula seawal 8 pagi itu berjaya menghimpunkan sebanyak 35 kontinjen daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta komuniti setempat.

Menteri Perpaduan Negara yang juga Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Seri Aaron Ago Dagang, telah menyempurnakan dan mengetuai perarakan kebudayaan tersebut.

Laluan perarakan bermula dari pekarangan Pejabat Daerah Kanowit, mengelilingi sekitar pekan sebelum melabuhkan tirai di Pentas Utama KCF 2026 yang terletak di Tebingan Kanowit.

Tinjauan mendapati perarakan Niti Daun itu berjaya mencuri tumpuan ribuan pengunjung yang rata-ratanya terpukau dengan kepelbagaian busana tradisional serta persembahan kebudayaan unik yang ditonjolkan oleh setiap kontinjen.

Sementara itu, Pemancha Charlie Salang menyifatkan perarakan yang berlangsung penuh meriah itu sebagai cerminan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat setempat.

“Sambutan padu daripada rakyat hari ini amat membanggakan. Saya berharap pada tahun hadapan, acara ini akan menjadi lebih rancak dan terus menarik kehadiran penduduk Kanowit serta para pengunjung dari luar,” katanya.

Nada sama turut dikongsi Kaunselor Mutang Karani yang meluahkan rasa bangga atas kejayaan penganjuran sulung perarakan Niti Daun di pekan tersebut.

“Diharapkan pada tahun hadapan, perarakan ini dapat diteruskan dan dianjurkan dengan skala yang lebih besar memandangkan kehadiran orang ramai pada tahun ini sangat memberangsangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, salah seorang peserta, Fhilemon Jeli Josaphat meluahkan keterujaannya dapat memperagakan pakaian tradisional Iban bersama peserta lain, sekali gus meraikan keharmonian budaya berbilang kaum.

“Ini adalah pengalaman yang hebat kerana ia mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakat kita. Pastinya pada tahun hadapan, saya akan menyertai perarakan ini lagi dan berusaha memberikan persembahan yang terbaik,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana; ADUN Machan, Allan Siden Gramong; Pegawai Daerah Kanowit merangkap Pengerusi Penganjur, Cerisologo Sabut serta Temenggong Stanley Geramong Bandar.

Related Posts

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40% hak negeri

KUNAK – Tuntutan bayaran 40 peratus hasil bersih hak Sabah dan isu yang masih belum diselesaikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus diperjuangkan oleh Kerajaan Sabah. Ketua Menteri Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40% hak negeri

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40% hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16