132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

SANDAKAN – Seramai 132 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menerusi Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar di Sandakan, Lahad Datu serta Kota Kinabalu pada Jumaat.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi di Sandakan menerusi Ops Sapu telah memeriksa seramai 147 individu dengan 73 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Tangkapan melibatkan warga Filipina terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, 22 kanak-kanak lelaki dan 18 kanak-kanak perempuan.

“Turut ditahan ialah seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut, Ops Sapu yang dijalankan di Lahad Datu telah memeriksa 81 individu dan menahan 52 warga asing yang disyaki tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan warga Filipina,” katanya.

Dalam pada itu, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar di Kota Kinabalu pula, telah memeriksa 67 individu dengan tujuh warga asing ditahan.

“Tangkapan melibatkan enam lelaki dewasa warga Filipina serta seorang perempuan dewasa warga Indonesia kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

JIM Sabah menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini.

Menurutnya, tindakan itu juga bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

Foto: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Related Posts

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

MIRI – Usaha sedang giat dilaksanakan bagi mewujudkan perkhidmatan bas terus yang menghubungkan Miri dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (BWN) dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan serta meningkatkan kemudahan pengangkutan rentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad KANOWIT – Kemeriahan silang budaya dan semangat perpaduan kaum terserlah di pekan ini apabila lebih 1,000 peserta membanjiri perarakan Niti Daun sempena Karnival Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026