132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

SANDAKAN – Seramai 132 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menerusi Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar di Sandakan, Lahad Datu serta Kota Kinabalu pada Jumaat.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi di Sandakan menerusi Ops Sapu telah memeriksa seramai 147 individu dengan 73 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Tangkapan melibatkan warga Filipina terdiri daripada 12 lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, 22 kanak-kanak lelaki dan 18 kanak-kanak perempuan.

“Turut ditahan ialah seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut, Ops Sapu yang dijalankan di Lahad Datu telah memeriksa 81 individu dan menahan 52 warga asing yang disyaki tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan 15 kanak-kanak perempuan warga Filipina,” katanya.

Dalam pada itu, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar di Kota Kinabalu pula, telah memeriksa 67 individu dengan tujuh warga asing ditahan.

“Tangkapan melibatkan enam lelaki dewasa warga Filipina serta seorang perempuan dewasa warga Indonesia kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

JIM Sabah menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini.

Menurutnya, tindakan itu juga bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

Foto: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit