Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

PUTRAJAYA – Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) memuktamadkan garis panduan baharu bagi memperkukuhkan aspek keselamatan di sekolah seluruh negara amat tepat pada masanya dan wajar diberi pujian.

Aktivis perlindungan sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, insiden keselamatan membabitkan pelajar sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat.

Menurut beliau, inisiatif dibangunkan bersama Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani kebimbangan masyarakat susulan beberapa insiden malang membabitkan pelajar.

“Kes terbaru membabitkan sebuah van sekolah melanggar seorang murid sekolah rendah di pintu pagar sekolah, perlu dijadikan pengajaran dan amaran tahap keselamatan di kawasan sekolah perlu dipertingkat segera.

“Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak menimba ilmu, membina masa depan dan berkembang dalam suasana terlindung serta kondusif.

“Jadi, sebarang kejadian mengancam keselamatan dan kesejahteraan pelajar wajar dipandang serius dan ditangani segera,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Sementara itu, Lam Thye berpandangan, terdapat keperluan buat KPM melakukan semakan secara holistik serta menyeluruh terhadap semua garis panduan, prosedur dan mekanisme penguatkuasaan keselamatan sedia ada bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

Beliau yang juga Pengerusi Alliance for a Safe Community berkata, walaupun hanya garis panduan keselamatan, usaha mewujudkan budaya keselamatan yang kukuh di setiap sekolah juga perlu diberi perhatian.

“Dalam hal ini, sudah tiba masa program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) diperkenalkan dan dilaksanakan secara aktif di sekolah seluruh negara.

“Peraturan itu wajar diperkenalkan kerana sekolah juga tempat kerja yang perlu mematuhi kehendak serta semangat Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Setiap sekolah disaran menubuhkan jawatankuasa OSH membabitkan pihak pentadbir, guru, kakitangan dan wakil ibu bapa yang berperanan mengenal pasti risiko serta bahaya, menjalankan audit keselamatan berkala, memantau tahap pematuhan serta mencadangkan langkah penambahbaikan keselamatan di sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, antara aspek perlu diberi perhatian segera adalah pengurusan lalu lintas dalam kawasan sekolah, keselamatan pejalan kaki di pintu pagar sekolah, prosedur tindak balas kecemasan, keselamatan kebakaran, penyelenggaraan bangunan, keselamatan elektrik.

“Pada masa sama, pastikan juga keselamatan aktiviti sukan dan taman permainan, keselamatan makmal, kebersihan makanan serta sokongan kesihatan mental untuk pelajar dan guru diperkasa sebaiknya.

“Audit keselamatan secara berkala perlu dijalankan di semua sekolah, selain mengadakan program kesedaran dan latihan keselamatan dijadikan sebahagian budaya sekolah,” katanya.

Lam Thye yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat memaklumkan, guru, pelajar, pengusaha bas dan van sekolah, pekerja kantin serta kontraktor yang memasuki kawasan sekolah juga perlu diberi pendidikan dan latihan berkaitan tanggungjawab serta prosedur keselamatan.

“Keselamatan anak tidak boleh dikompromi, langkah pencegahan adalah yang terbaik dilakukan daripada menyesali tragedi yang berlaku.

“Setiap murid berhak belajar dalam suasana selamat dan setiap ibu bapa berhak menghantar anak ke sekolah dengan rasa tenang serta yakin,” katanya.

Terdahulu, KPM sedang memuktamadkan garis panduan baharu dengan mengambil kira saranan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan bagi memperkukuh aspek keselamatan di sekolah.

KPM bagaimanapun menggesa semua sekolah di bawah seliaannya supaya mematuhi Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

Pada Selasa, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun Nur Aini Umairah Mohd Fareez maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku 12.30 tengah hari di hadapan pintu pagar utama sekolah berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah van yang berada dalam kawasan sekolah selepas selesai menghantar barang sedang bergerak keluar melalui pintu pagar utama menuju ke Jalan Simpang Lima–Parit Sulong.

Related Posts

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

LIMBANG – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan segera melakukan pemeriksaan rapi terhadap tahap keselamatan kawasan sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang. Menteri Pendidikan, Fadhlina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

CEBU – ASEAN perlu kekal menjadi suara utama dalam menentukan hala tuju keselamatan dan kestabilan serantau tanpa dipengaruhi kepentingan kuasa besar luar. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, Malaysia konsisten dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai