ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. berkata, pengalaman berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa dekad lalu membuktikan ASEAN mampu bertindak secara bersama demi kepentingan serantau.

“Jika ada satu pengajaran yang ASEAN pelajari sejak beberapa dekad lalu, ia adalah waktu sukar tidak memecahbelahkan kita.

“Perhimpunan sidang kemuncak ini menjadi bukti komitmen itu,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi ASEAN 2026 berkata, cabaran semasa turut mendorong ASEAN untuk mendengar dengan lebih teliti dan bertindak secara lebih tersusun dalam menangani isu serantau.

Filipina mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Malaysia pada 1 Januari lalu dengan membawa tema “Menelusuri Masa Depan Kita, Bersama” yang memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama, iaitu Tunjang Keamanan dan Keselamatan, Koridor Kemakmuran serta Pemerkasaan Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menghadiri sidang kemuncak berkenaan bersama pemimpin negara anggota ASEAN lain.

Marcos berkata, kekuatan ASEAN terletak pada perpaduan dan semangat kerjasama walaupun setiap negara mempunyai pendekatan serta latar belakang berbeza.

“Ketika kita memulakan tugas hari ini, semoga perbincangan kita dipandu oleh kebijaksanaan, keterbukaan dan komitmen berterusan antara satu sama lain,” katanya.

Menyentuh konflik di Asia Barat, beliau berkata perkembangan itu memberi kesan kepada negara di rantau ini dan menimbulkan cabaran terhadap kehidupan rakyat serta kestabilan ekonomi.

“Sejak beberapa bulan lalu, setiap negara kita perlu membuat penyesuaian dalam pendekatan masing-masing.

“Maka, kita berhimpun untuk meneliti penyesuaian itu, mencari pendekatan terbaik dan menghadapi masa depan bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata, Filipina turut mengambil beberapa langkah penyesuaian terhadap kepengerusian ASEAN susulan konflik berkenaan, termasuk mengurangkan aktiviti tidak penting dan menukar beberapa mesyuarat fizikal kepada platform maya.

Katanya, usaha ASEAN perlu diteruskan bagi memastikan blok serantau itu kekal relevan dan mampu memenuhi keperluan rakyat ketika berdepan cabaran semasa.

“Usaha ASEAN mesti diteruskan, bukan sekadar untuk mengharungi cabaran, tetapi kerana keadaan semasa menuntut kita mencari jawapan demi rakyat, negara dan ASEAN,” kata Marcos.

Related Posts

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

SELAYANG – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengadakan tinjauan sulung ke beberapa kawasan di Selayang yang mempunyai premis dan penempatan komuniti Rohingya bagi mendapatkan gambaran sebenar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

SEJAK kebelakangan ini, muncul suara-suara sinis yang mendakwa kerajaan hari ini tidak membawa perubahan besar kepada rakyat. Ada yang mengatakan semua pengumuman hanyalah kosmetik. Ada yang mendakwa kehidupan rakyat tetap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran