Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

MIRI – Usaha sedang giat dilaksanakan bagi mewujudkan perkhidmatan bas terus yang menghubungkan Miri dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (BWN) dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan serta meningkatkan kemudahan pengangkutan rentas sempadan antara Malaysia dan Brunei.

Inisiatif tersebut bertujuan menghubungkan kedua-dua lapangan terbang sekali gus mempertingkatkan aliran pelancong antarabangsa dan domestik antara kedua-dua negara.

Menurut Timbalan Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, cadangan laluan bas itu dijangka melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 160 kilometer dengan tempoh perjalanan antara tiga hingga empat jam. Perkhidmatan berkenaan juga dilihat mampu memberi lebih fleksibiliti kepada pelancong untuk mengunjungi pelbagai lokasi menarik di Miri dan Brunei.

“Kedudukan strategik Miri yang berjiran dengan Brunei dilihat sebagai satu kelebihan dalam merancakkan sektor pelancongan rentas sempadan. Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei yang merupakan hab utama pelancong antarabangsa diyakini dapat membantu meningkatkan jumlah pelancong ke Miri sekali gus memperkukuh kedudukan bandar raya itu sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini”, katanya lagi.

Bagi meneliti pelaksanaan inisiatif tersebut, pertemuan telah diadakan minggu ini bersama pegawai daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membincangkan aspek logistik serta keperluan operasi perkhidmatan bas terus itu.

Ketika ini, tiada perkhidmatan bas berjadual yang menghubungkan kedua-dua lapangan terbang dan perjalanan hanya bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian.

Perkhidmatan yang dicadangkan itu dijangka beroperasi secara mingguan dengan kekerapan bersesuaian bagi memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna. Ia juga disasarkan untuk memenuhi keperluan penumpang penerbangan domestik dan antarabangsa, pelancong tempatan dan asing, pekerja rentas sempadan Malaysia-Brunei serta penduduk tempatan dan pelajar.

Selain itu, satu mesyuarat dua hala bersama Kementerian Pengangkutan Brunei turut dirancang dalam masa terdekat bagi memperhalusi pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Inisiatif tersebut diyakini mampu menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 selain memperkukuh sistem pengangkutan di Miri demi memberikan pengalaman pelancongan yang lebih baik dan selesa kepada para pengunjung.

Related Posts

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

KULAI – Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

SEMPORNA – Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (Puspabumi), memohon Kerajaan Persekutuan serta kementerian berkaitan agar memberi perhatian serius terhadap isu kuota diesel di Sabah yang dilihat tidak selari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM