Hampir 6,000 penerima bantuan disantuni sempena Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2026

SRI AMAN – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat apabila Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman dianjurkan bagi menyantuni ribuan penerima bantuan di kawasan berkenaan, pada Jumaat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, Majlis Sejambak Kasih merupakan program ‘signature’ JKMS yang dilaksanakan di semua bahagian di Sarawak bagi memastikan bantuan kerajaan sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Program ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan kepada pembangunan sosioekonomi inklusif, sekali gus memastikan tiada kumpulan yang tercicir daripada arus pembangunan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sehingga April 2026, seramai 5,884 penerima di Bahagian Sri Aman telah menerima bantuan kewangan bulanan dengan implikasi peruntukan sebanyak RM2.69 juta sebulan.

Jelasnya, bagi kawasan Engkilili pula, seramai 1,005 penerima menerima manfaat bantuan bulanan melibatkan peruntukan RM461,350 sebulan, dengan 922 daripadanya merupakan penerima dalam kalangan peribumi Sarawak.

“Statistik ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, termasuk golongan kanak-kanak, warga emas, OKU, pesakit terlantar dan isi rumah berpendapatan rendah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkelili, Johnichal Rayong Ngipa.

Pada majlis tersebut, seramai 100 penerima menerima sumbangan simbolik hamper Gawai Dayak bernilai RM80 serta wang tunai RM100. Bagi penerima yang tidak hadir, bantuan akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing.

Selain itu, tiga waris turut menerima Bantuan Ihsan Kematian di bawah inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC) sebagai bantuan meringankan beban keluarga yang kehilangan ahli keluarga.

Dalam pada itu, penganjuran program seumpama ini bukan sahaja meringankan beban kewangan penerima, malah memperkukuh kerjasama antara jabatan, ketua masyarakat, ketua kaum dan komuniti setempat.

Majlis turut diserikan dengan sambutan menjelang Hari Gawai Dayak 2026, dengan laungan tradisi “Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua” sebagai simbol perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Related Posts

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

MIRI – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Sarawak yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Mei 2026 di Boulevard Mall Miri. Program yang bermula…

Lebih lanjut

teruskan membaca
132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

SANDAKAN – Seramai 132 warga asing ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menerusi Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

PMX lawat Pulau Banggi esok

  • By Ynom
  • May 8, 2026
PMX lawat Pulau Banggi esok