Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

KUCHING – Rutin harian mereka mungkin sinonim dengan penyapu, mop, dan memastikan persekitaran sentiasa bersih bersinar.

Namun, pemandangan di Pustaka Negeri Sarawak pagi Jumaat lalu sedikit berbeza apabila kumpulan ‘wira kebersihan’ ini dilihat begitu asyik merenung skrin telefon pintar masing-masing!

Riak wajah terpegun, senyuman, dan gelak tawa jelas kedengaran apabila golongan pekerja pembersihan ini buat pertama kalinya menyelami magis teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Berpegang kepada prinsip ‘tiada siapa yang harus tertinggal dalam dunia digital’, program literasi itu membuktikan bahawa teknologi canggih bukanlah eksklusif untuk golongan profesional atau pekerja pejabat sahaja, sebaliknya ia adalah hak milik semua.

Sesi bermula dengan langkah asas yang sering dipandang remeh seperti cara mengimbas kod QR kehadiran dengan betul. Namun, suasana bertukar rancak dan penuh keterujaan apabila mereka mula didedahkan dengan kehebatan AI yang sebenarnya sudah ada di dalam saku mereka.

Bagi Misiah Saini, 39, pengalaman hari itu seolah-olah membuka satu dimensi baharu yang cukup menyeronokkan buat dirinya.

“Selama ini, kalau hendak sunting gambar atau cari maklumat, kami ingat kena susah-susah muat turun pelbagai aplikasi lain atau pergi ke Google.

“Rupa-rupanya, dalam WhatsApp yang kita guna hari-hari pun sudah ada kemudahan AI! Memang asyik (syok) apabila dapat belajar benda baharu begini. Tidak sangka semudah ini untuk kita guna teknologi,” luahnya dengan penuh ceria.

Keterujaan yang sama turut dikongsi oleh Norkhairunizam Ali, 44. Walaupun dia pernah mendengar mengenai fungsi AI sebelum ini, bimbingan praktikal pada hari itu membuatkannya terkesima melihat bagaimana teknologi mampu menjana imej realistik yang menakjubkan hanya melalui arahan teks ringkas.

“Memang seronok! Sebelum ini saya tahu sedikit sebanyak tentang fungsi Meta AI dalam WhatsApp, tetapi hari ini baru kami nampak kemampuan sebenar teknologi ini untuk buat pelbagai imej yang nampak sangat ‘real’. Boleh tahan hebat juga kami reka gambar hari ini!

“Namun, apa yang paling saya ingat adalah pesanan penceramah. AI ini ada banyak jenis di luar sana, ada yang positif dan ada yang negatif. Pesanan yang saya bawa pulang hari ini; teknologi canggih macam mana pun, jangan sesekali kita salah guna,” katanya.

Suasana program menjadi lebih gamat apabila penganjur mengadakan cabaran menghasilkan imej menggunakan AI.

Siapa sangka, tiga karya visual terbaik pada hari itu dihasilkan oleh tangan-tangan yang biasanya memegang penyapu, membolehkan mereka membawa pulang hadiah buku sumbangan Pustaka Negeri Sarawak.

Usai memerah minda menjana ‘karya’ digital, senyuman para peserta kembali terukir apabila disajikan dengan juadah istimewa berupa cendol daripada Mami Cendol dan kuih-muih tajaan Noorlisa Fazari.

Ternyata, program hari itu lebih daripada sekadar kelas biasa. Ia adalah satu penghargaan buat pekerja pembersihan sekali gus membuktikan mereka juga sentiasa dahagakan ilmu, bersedia melangkah seiring kemajuan zaman, dan paling penting, berhak menikmati peluang pembelajaran tanpa batas.

Related Posts

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

TAWAU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat susulan aduan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran