Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan pengurangan kadar sewa bagi premis milik agensinya bermula bulan ini sebagai langkah membantu peniaga yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Perdana Menteri berkata, inisiatif tersebut yang mengambil contoh daripada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pengurangan kadar sewaan itu akan dibuat secara berperingkat mengikut daerah.

“Terkait dengan keluhan seorang kakak di Rawang, saya berikhtiar mencari kaedah untuk mengurangkan beban mereka mengikut keupayaan kerajaan dan saya fikir langkah yang pertama yang harus kita lakukan ialah mengurangkan kadar sewa.

“Banyak kedai-kedai ini dimiliki oleh syarikat-syarikat kerajaan atau agensi kerajaan seperti MARA dan UDA Holdings Bhd (UDA) dan mulai bulan ini, mulai sekarang akan mengurangkan kadar sewa di semua premis perniagaan mereka.

“Ia akan diumumkan mengikut daerah dalam masa yang terdekat dan meneladani langkah DBKL yang sudah menurunkan kadar sewaan,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri supaya turut mengambil langkah menurunkan kadar sewaan premis masing-masing bermula bulan ini.

“Saya ucapkan terima kasih kerana Menteri Besar Selangor yang menyambut (perkara ini) secara positif dan kemudian dalam masa terdekat menurunkan kadar sewa semua premis perniagaan terutama bagi peniaga kecil, penjaja dan kedai-kedai makanan.

“Tentunya ini bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri yang lain dan saya ingin menggesa mereka menurunkan kadar segera dan berkuat kuasa bulan ini juga, bagi mengurangkan tekanan dan beban yang sememangnya dihadapi oleh peniaga dan penjaja,” katanya.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan