AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, konsep festival berkenaan yang diimport dari luar dilihat tidak mencerminkan budaya tradisional dan norma asal negara ini.

Menurutnya, rakaman acara yang tular di media sosial menunjukkan suasana festival berkenaan seolah-olah menyerupai hiburan kelab malam yang dianjurkan di kawasan terbuka, sekali gus mencerminkan pengaruh budaya asing.

“AMANAH berpandangan terdapat sebahagian acara festival ini yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pembinaan anak muda yang mampan dan berdaya tahan selari dengan konsep Malaysia MADANI ” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Faiz berkata, kerajaan wajar menilai semula konsep serta kandungan festival tersebut bagi memastikan ia selaras dengan nilai tempatan tanpa menjejaskan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Festival berkenaan dilaporkan dianjurkan di beberapa negeri termasuk Kedah, Terengganu, Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing telah merasmikan Rain Rave Water Music Festival 2026 di ibu negara.

King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, penganjuran festival itu adalah sempena Hari Pekerja supaya pekerja dapat merehatkan diri.

Malah, pemimpin Parti Demokratik Progresif (PDP) itu berkata, orang ramai tidak perlu hadir ke festival berkenaan kalau tidak suka.

Related Posts

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI