Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad.

Peletakan jawatan tersebut berlaku selepas Dr. Ahmad Fadhzil melepaskan keahlian daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Azzin Izzad berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab itu buat sementara waktu sehingga arahan lanjut dikeluarkan oleh kepimpinan AMH Pusat.

Menurutnya, AMH Perlis akan terus bergerak sebagai sayap pemuda dalam Pakatan Harapan serta memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang konstruktif terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

“Persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) telah dirangka sejak tahun lalu termasuk penganjuran retreat Pakatan Harapan Perlis beberapa bulan lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amanah yang dipikul itu akan digunakan untuk meneruskan segala perancangan dan program yang telah disusun bagi memperkukuh jentera Pakatan Harapan di negeri ini.

Dalam masa sama, katanya, usaha mengorak langkah menawan Perlis akan terus diperkasa menerusi gerak kerja tersusun dan berterusan.

Azzin Izzad turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Ahmad Fadhzil atas jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang memimpin AMH Perlis.

“Semoga beliau terus melakar kejayaan dalam perjalanan baharu selepas ini,” katanya.

Related Posts

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

BENTONG – Kebimbangan pengguna jalan raya, khususnya di laluan Mempaga, Bentong terhadap sikap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya mendapat perhatian Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa pendekatan politik Pas lebih menyerupai prinsip Machiavellian, bukannya berteraskan Islam. Prinsip Machiavellian merujuk kepada pendekatan politik yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea