Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek turut mempunyai rekod berkaitan ugutan jenayah dan menyembunyikan kelahiran.

“Suspek mempunyai empat rekod jenayah, tidak termasuk kes di Johor Bahru. Kes-kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah Alor Setar dengan dakwaan hampir serupa dengan kes terbaharu.

“Kes tersebut melibatkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan cedera parah pada 2025 dan masih dalam perbicaraan di Alor Setar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, kes lain di bawah Seksyen 323 KK iaitu mendatangkan kecederaan ringan dan Seksyen 506 KK berkaitan ugutan jenayah terhadap mangsa.

“Satu lagi kes pada 2018 melibatkan perbuatan menyembunyikan kelahiran selepas suspek menjalinkan hubungan dengan teman wanita sehingga mengandung dan menggugurkan kandungan. Kes itu masih dalam perbicaraan pada Mei dan Jun ini,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek dipercayai telah berkahwin sebanyak sembilan kali dan ketika ini mempunyai tiga isteri serta 11 anak.

“Setakat ini, hanya perkahwinan suspek dengan mangsa terbaharu didapati berlangsung di Thailand,” jelasnya.

Tambahnya, suspek dipercayai menyasarkan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap, kebanyakannya dalam kalangan penjawat awam.

“Modus operandi suspek adalah mencari pasangan yang mempunyai pekerjaan tetap dan majoritinya kakitangan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas kes terbaharu di Sungai Petani, beliau berkata, siasatan telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 326 KK kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau objek berbahaya.

“Mangsa mendakwa telah beberapa kali dipukul atas alasan remeh seperti lambat mandi, menunjukkan suspek seorang yang panas baran.

“Wanita itu dipukul termasuk menggunakan beberapa objek seperti penyangkut baju dan batang besi langsir sehingga mengalami kecederaan parah seperti patah tulang rusuk kiri dan kanan serta tulang belakang,” katanya.

Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat sepanjang tempoh mangsa dipukul sehingga abangnya tampil membuat laporan pada Jumaat lalu, sebelum mangsa sendiri membuat laporan susulan pada Ahad.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis melancarkan operasi memburu suspek sebelum berjaya menahannya ketika bersembunyi di sebuah inap desa di Alor Setar pada kelmarin.

“Siasatan turut dijalankan berhubung dakwaan keguguran mangsa serta janin yang dikatakan ditanam di satu lokasi,” katanya sambil memaklumkan suspek didapati negatif dadah.

Related Posts

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

BENTONG – Kebimbangan pengguna jalan raya, khususnya di laluan Mempaga, Bentong terhadap sikap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya mendapat perhatian Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

MARAN – Khazanah berharga para ulama dan tokoh agama kini mendapat nafas baharu menerusi usaha murni Madrasah Raudhah Al-Muhibbin dekat Chenor, di sini, yang giat memelihara ratusan warisan sejarah Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea