Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

PENDANG – Mangsa ribut serta beberapa sekolah di Pendang kelmarin mendapat perhatian dari Kerajaan MADANI bagi membantu mereka.

Menurut wakil kepada Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Kedah, Datuk Dr Zulkifly Mohamad berkata, pihaknya terpanggil untuk turun bagi melihat serta berjumpa dengan mangsa ribut.

Katanya, pihaknya turun bagi menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa bagi membiayai rumah yang rosak.

“Saya juga turut difahamkan pihak MARA juga telah memperuntukan lebih RM1 juta bagi membiayai Maktab Rendah Sains Mara (MARA) yang turut rosak dibadai ribut tempoh hari.

“Semasa lawatan ini sudah nampak kerja membaikpulih dilakukan seperti bumbung kelas dan dewan yang dirosakkan.

“Kerja membaiki itu perlu dicercepatkan kerana kini terdapat pelajar terpaksa mempelajari secara pengajaran pembelajaran di rumah (PdPR),” ujarnya.

Justeru, pihaknya berharap bencana itu tidak akan menjadi penghalang kepada pelajar untuk pulang ke sekolah pada Isnin nanti bagi meneruskan pengajian mereka.

Turut hadir lawatan bencana itu, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi (ICU) Kedah, Mohd Ridzuan Ab Ghafar.

Zulkifly berkata, pihaknya juga turut melawat mangsa ribut serta menghulurkan bantuan kewangan supaya dapat membaiki kediaman mereka yang rosak itu.

“Di samping itu pihak kami turut mengumpul mangsa ribut di dewan bagi memudahkan mereka untuk menyampaikan sumbangan dari Kerajaan MADANI.

“Saya sungguh terharu dengan ucapan mangsa ribut kepada Kerajaan MADANI yang turun dengan cepat bagi menyampaikan sumbangan ini,” jelasnya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi