Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

KANGAR – Kerajaan negeri menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan salinan dokumen pertukaran penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, laporan itu dibuat bagi menafikan dakwaan bahawa dokumen tersebut dikeluarkan oleh BPSM Pejabat SUK Perlis.

Beliau berkata, dokumen yang tular itu bukan dikeluarkan oleh pihak BPSM seperti yang didakwa.

“Laporan polis dibuat bagi menafikan bahawa dokumen yang tular itu berpunca daripada BPSM Pejabat SUK Perlis,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Kompleks Seri Putra di sini, hari ini.

Sebelum ini, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendedahkan beberapa salinan dokumen pertukaran penjawat awam di negeri ini menerusi laman sosial miliknya.

Menerusi pendedahan tersebut, beliau mendakwa kerajaan negeri bertindak agresif menukarkan penjawat awam keluar dari Perlis.

Dokumen yang dilampirkan itu juga didakwa hanya memaparkan sebahagian daripada pertukaran termasuk melibatkan penjawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, perkara yang dibangkitkan itu merupakan amalan biasa dalam pentadbiran.

Katanya, kerajaan negeri sememangnya ada mencadangkan beberapa pertukaran bagi keperluan perkhidmatan.

“Kita ada mencadangkan beberapa pertukaran bagi tempat yang dirasakan perlu, namun bukan keseluruhan seperti yang ditularkan,” katanya.

Beliau berkata, penilaian lanjut berhubung perkara itu turut melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) akan membuat penilaian sewajarnya.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos