Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

KOTA KINABALU – Pemberian bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia tidak berdasarkan konsep kebajikan kerajaan (welfare state) atau hanya diberikan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkaitan, proses pemberian bantuan itu mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

“Permohonan yang lengkap akan disiasat dan dipertimbangkan tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan jantina.

“Bantuan kewangan kebajikan adalah bersifat sementara bagi membantu individu atau keluarga pemohon yang berkeperluan agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.

“Pemberian bantuan ini berdasarkan prinsip kerja sosial untuk meningkatkan kefungsian sosial mereka,” ujarnya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Edna Jessica Majimbun pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17, pada Rabu.

Menurut Rina, menjadi tanggungjawab setiap penerima bantuan atau klien produktif yang diluluskan untuk mengemukakan permohonan kaji semula dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan bantuan ditamatkan,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai Skim Bantuan Produktif (BKK, EPOKU, BAP, SBAM, EBAY), Rina berkata, penamatan itu dibuat melalui proses kaji semula bagi mengenal pasti peningkatan pendapatan atau tahap sosioekonomi klien berdasarkan beberapa perkara.

“Antaranya, pendapatan isi rumah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), meninggal dunia, tidak dapat dihubungi, maklumat tidak sahih atau meragukan dan lain-lain faktor munasabah.

“Pemohon atau klien yang bantuannya ditamatkan tetapi masih berkeperluan, boleh mengemukakan permohonan baharu dengan menghantar borang permohonan bersama dokumen sokongan lengkap di Pejabat Kebajikan Bahagian atau daerah masing-masing.

“Permohonan juga boleh dibuat secara manual di pejabat kebajikan atau secara dalam talian melalui Sabah Welfare Aid Application (SWAA) bagi bantuan negeri serta Sistem eBantuan bagi bantuan Persekutuan,” jelasnya.

Foto: Jabatan Penerangan Sabah

Related Posts

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

KANGAR – Seorang subkontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan termasuk menjalankan urus niaga haram serta memiliki pelbagai senjata api, senjata tiruan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

TAWAU – Dua beradik perempuan dari daerah ini memerlukan kira-kira RM120,000 bagi melakukan pembedahan implan koklea sekali gus melengkapkan kos rawatan yang keseluruhannya dianggarkan RM150,000. Bapa kepada dua beradik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Pergaduhan pelajar: Pembentukan sahsiah, disiplin tanggungjawab bersama – Andi Suryady

Pergaduhan pelajar: Pembentukan sahsiah, disiplin tanggungjawab bersama – Andi Suryady

MAIPk peruntuk lebih RM3.1 juta, 340 asnaf sertai program TVET

MAIPk peruntuk lebih RM3.1 juta, 340 asnaf sertai program TVET

Isu eFishery: Salahkan kerajaan sahaja tidak tepati realiti pelaburan global

Isu eFishery: Salahkan kerajaan sahaja tidak tepati realiti pelaburan global

Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina

Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina