Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melakukan pelarasan besar terhadap pendekatan memperkukuh sekuriti makanan apabila menggantikan pelaksanaan Program Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar (RAER) dengan model lebih inklusif dan praktikal melalui Inisiatif Kebun Dapur serta pembiayaan tanpa faedah kepada golongan muda.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai kekangan kewangan yang menghalang pelaksanaan RAER secara menyeluruh meskipun program tersebut telah diluluskan pada 2025 untuk memperkasa usahawan tani luar bandar.

“Kerajaan negeri kini bekerjasama dengan Perbadanan Pinjaman Sabah bagi menyediakan pinjaman sehingga RM50,000 tanpa faedah kepada belia yang berminat menceburi sektor pertanian, sekali gus membuka akses lebih luas kepada pembiayaan tanpa membebankan kementerian.

“Pendekatan ini bukan sahaja lebih mampan dari segi kewangan, malah memberi peluang kepada generasi muda untuk terlibat secara langsung dalam sektor agromakanan,” katanya dalam ucapan pengulungan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.

Menurut Jamawi, Inisiatif Kebun Dapur kini dijadikan platform utama bagi meningkatkan pengeluaran makanan domestik dengan memanfaatkan ruang terhad di kawasan kediaman, termasuk halaman rumah dan kawasan lapang.

“Inisiatif ini menggabungkan elemen tanaman, perikanan dan penternakan secara lestari dengan penggunaan teknologi pertanian moden, sejajar dengan aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 dan pelaksanaan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ketiga yang akan berakhir pada 2026,” ujarnya.

Tambahnya, kementeriannya kini sedang merangka Dasar Pertanian Negeri Sabah Keempat sebagai kesinambungan dasar sedia ada bagi memastikan sektor pertanian negeri kekal berdaya tahan dan berorientasikan masa depan.

“Melalui Kebun Dapur, kita bukan sahaja membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, tetapi juga mewujudkan peluang menjana pendapatan melalui jualan lebihan hasil.

“Kerajaan negeri turut memperkukuh rantaian bekalan dengan menubuhkan kira-kira 18 Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian di seluruh Sabah bagi menyokong pemasaran dan pengagihan hasil lebihan daripada pengusaha kecil,” jelasnya.

Tambah Jamawi, langkah itu dilihat sebagai strategi serampang dua mata untuk menangani tekanan kos makanan rakyat sambil merancakkan ekonomi komuniti luar bandar melalui pengeluaran makanan berskala kecil tetapi berimpak besar.

“Dengan pendekatan baharu ini, Sabah dilihat sedang beralih daripada model pembiayaan berskala besar kepada ekosistem pertanian komuniti yang lebih fleksibel, sekali gus memperkukuh daya tahan negeri dalam menghadapi cabaran sekuriti makanan global,” katanya lagi.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit