UMNO Jerantut sasar rampas kembali kerusi DUN Pulau Tawar

JERANTUT – Pemuda UMNO Jerantut akan melancarkan ‘Gerak Gempur UMNO’ pada 30 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Mohd Izzat Illzam Rosidi ketika mesyuarat UMNO Cawangan FELDA Jengka 24, semalam.

“Pelancaran program ‘Gerak Gempur UMNO’ di peringkat Bahagian Jerantut ini sebagai isyarat bahawa kami bersedia untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar dan juga kerusi DUN serta Parlimen di Jerantut,” katanya.

Mesyuarat itu dirasmikan Ketua UMNO Cawangan FELDA Jengka 24, Razak Daud dan turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Cawangan berkenaan, Mohd Firdaus Atib.

Razak ketika berucap memuji kesungguhan jentera UMNO di setiap peringkat dalam memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kita dapat lihat kesepakatan ditunjukkan antara Pemuda, Wanita dan juga Puteri yang hadir pada mesyuarat kali ini.

“Saya fikir kita sudah mendapat pengajaran pada PRU lalu dan akan menebus semula dalam PRU akan datang.

“Yang penting semua jentera di setiap peringkat memainkan peranan masing-masing dengan tersusun serta berkesan,” katanya.

Antara isu yang perlu diberi perhatian adalah berkaitan Skim Tanah Rakyat (STR), pembinaan padang bola, penyediaan dewan terbuka serta pembinaan tandas masjid di kawasan berkenaan.

“Macam STR ini sudah diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan ia akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Berkaitan perkara lain yang menuntut perhatian seperti padang bola, dewan dan pembinaan tandas masjid… ini juga boleh diselesaikan secara berperingkat,” jelasnya.

Mesyuarat itu dihadiri kira-kira 40 ahli Pemuda UMNO Cawangan bersama Ketua Puteri, Norfazliza Mohd Nadzran dan Ketua Wanita Cawangan, Rogayah Said.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam