PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

SATU pertemuan difahamkan sedang berlangsung melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan, pada Selasa ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan terus menjadi perhatian.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di Facebook, sebentar tadi dengan kapsyen ‘Pertemuan berlangsung’.

Menerusi perkongsian itu, pertemuan berkenaan turut disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Gambar yang dikongsi itu menarik perhatian umum susulan perkembangan politik semasa, khususnya berkaitan isu kepimpinan kerajaan negeri serta hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun demikian, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung perincian lanjut pertemuan berkenaan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu berkaitan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu antara lain akan membincangkan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pada Isnin, Aminuddin Harun menyatakan akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun 14 ADUN BN telah menarik sokongan terhadapnya.

Menurutnya, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang kemudiannya menitahkan supaya pentadbiran negeri diteruskan sehingga terdapat kejelasan muktamad mengenai situasi itu.

Related Posts

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menolak dakwaan ‘tebuk atap’ atau cubaan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri secara tidak bertanggungjawab. Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PUTRAJAYA – Kerajaan komited mengurangkan kesan kenaikan kos elektrik terhadap rakyat dan sektor perniagaan meskipun berdepan ketidaktentuan harga bahan api di peringkat global. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan