‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

ISTILAH ‘jenayah kopiah putih’ kini semakin menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Ia merujuk kepada kegiatan penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh individu atau organisasi yang berselindung di sebalik imej agama, khususnya dengan penampilan seperti kopiah, jubah dan gelaran ustaz.

Apa yang membimbangkan, jenayah ini bukan sahaja semakin kerap berlaku, malah melibatkan jumlah wang yang besar.

Jika dahulu sumbangan dikutip dalam skala kecil, kini ada kes yang mencecah jutaan ringgit.

Lebih mengejutkan, segelintir pelaku didapati menjalani kehidupan mewah hasil daripada dana yang sepatutnya disalurkan kepada golongan memerlukan.

Modus operandi yang digunakan amat licik. Mereka mendekati masyarakat dengan pendekatan sopan, menggunakan ayat-ayat al-Quran serta retorik keagamaan untuk meraih kepercayaan.

Sasaran utama ialah masyarakat Melayu Islam yang sememangnya terkenal dengan sifat pemurah, khususnya dalam memberi sumbangan untuk pembinaan masjid, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.

Tidak kurang juga terdapat kes di mana kanak-kanak digunakan sebagai alat untuk meraih simpati orang ramai bagi tujuan kutipan derma.

Dengan penampilan yang meyakinkan serta kisah-kisah yang menyentuh emosi, sumbangan dapat dikumpulkan dalam jumlah yang besar tanpa disedari ke mana ia disalurkan.

Lebih membimbangkan, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi, termasuk pembelian rumah dan kenderaan mewah.

Tindakan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mencemarkan imej institusi agama dan menjejaskan kepercayaan masyarakat.

Walau bagaimanapun, usaha pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam membanteras jenayah ini wajar dihargai.

Pendedahan dan pendakwaan terhadap pihak terlibat menunjukkan bahawa tiada siapa yang kebal di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, masyarakat perlu lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan penampilan luaran semata-mata.

Setiap sumbangan harus disalurkan melalui saluran yang sah dan disemak terlebih dahulu, antaranya melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bagi memastikan kesahihan sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, jenayah kopiah putih adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap kepercayaan dan nilai murni masyarakat.

Apa pun kepujian patut diberikan kepada Kerajaan MADANI hari ini yang peka dengan muslihat pihak berkenaan hingga berjaya mengheret mereka ke pihak pengadilan.

Penulis berharap sifat pemurah perlu disertai dengan kebijaksanaan agar tidak dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hanya dengan kesedaran dan kewaspadaan bersama, gejala ini dapat dibendung.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut