Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

JOHOR BAHRU – Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat melalui pilihan raya sekiranya mahu menukar kerajaan, bukannya dengan cara ‘menebuk atap’ iaitu budaya politik yang mencacatkan demokrasi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, kerajaan yang dipilih melalui peti undi mesti dihormati kerana mandat rakyat bukan milik orang politik untuk diubah sesuka hati.

Menurut beliau, apabila mandat rakyat diketepikan, kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan ahli politik akan merosot dengan teruk.

“Budaya politik ‘tebuk atap’ tidak boleh diterima di Malaysia. Rakyat keluar mengundi untuk memilih kerajaan melalui peti undi, bukan untuk melihat mandat mereka diubah melalui percaturan politik di belakang tabir. Sejarah Langkah Sheraton pada 2020 perlu menjadi pengajaran besar kepada negara.

“Mandat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang diberikan rakyat kepada PH 1.0 tumbang tanpa melalui pilihan raya, lalu mencetuskan ketidakstabilan politik, pertukaran kerajaan dan pertukaran banyak Perdana Menteri dalam satu penggal,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Katanya yang juga Ketua PKR Cabang Pulai berkata, tumpuan terhadap usaha memperbaiki ekonomi dan kebajikan rakyat terganggu.

Faezuddin berkata, rakyat telah memberi mandat jelas kepada kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri pada pilihan raya lalu.

“Mandat yang jelas itu mesti dihormati oleh BN, bukan boleh diubah sesuka hati melalui rundingan kuasa atau jajaran baharu selepas pilihan raya.

“Rakyat sudah letih dengan politik merebut kuasa di tengah-tengah penggal pentadbiran.

“Ketika rakyat berdepan kos sara hidup kesan daripada krisis global, pemimpin politik sepatutnya menumpukan usaha menyelesaikan masalah rakyat, bukan mencetuskan krisis politik yang tidak perlu,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias Bersama 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada BN mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara susulan krisis yang disifatkan boleh menjejaskan pentadbiran negeri.

Krisis yang berlaku itu dilihat bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan secara tidak langsung memberi kesan mendalam terhadap kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula