Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan wakilnya supaya tidak berangkat ke Pakistan bagi rundingan damai dengan pegawai Iran.

Bagaimanapun, Trump menegaskan bahawa langkah itu tidak bermaksud perang akan disambung semula.

Terdahulu, Trump membuat pengumuman itu melalui panggilan telefon berasingan dengan wartawan dan kemudian dalam satu hantaran di media sosial, sejurus selepas Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berlepas dari Islamabad.

Menantu Trump, Jared Kushner dan utusan khas Steve Witkoff dijadualkan berlepas ke Islamabad, ibu negara Pakistan, semalam, bagi pusingan kedua rundingan damai dengan Iran.

“Saya baru sahaja membatalkan perjalanan wakil saya ke Islamabad, Pakistan, untuk bertemu pihak Iran.

“Terlalu banyak masa terbuang untuk perjalanan, terlalu banyak kerja!” tulisnya di platform Truth Social.

“Selain itu, terdapat pergolakan dalaman yang besar dan kekeliruan dalam kepimpinan mereka.

“Tiada siapa tahu siapa yang berkuasa, termasuk mereka sendiri,” tambahnya.

Bagaimanapun, Trump masih membuka ruang untuk rundingan lanjut, dengan berkata jika pihak Iran mahu berbincang, mereka hanya perlu menghubunginya.

Ketika ditanya oleh Axios sama ada pembatalan perjalanan itu bermaksud dia akan menyambung semula perang, Trump menjawab: “Tidak. Ia tidak bermaksud begitu. Kami belum memikirkannya lagi.”

AS telah melanjutkan gencatan senjata dengan Iran yang berkuat kuasa pada 8 April lalu untuk tempoh tidak ditentukan.

Related Posts

Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung