Kedudukan Sarawak dalam pembentukan Malaysia tidak boleh direndahkan – Abang Johari

SRI AMAN -Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan kedudukan Sarawak sebagai entiti yang bersama Persekutuan Tanah Melayu dan Sabah dalam pembentukan Malaysia tidak boleh direndahkan statusnya kepada status bukan rakan kongsi.

“Ini kerana semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperjuangkan oleh pemimpin kita dahulu semasa mereka berunding dengan tokoh kemerdekaan yang lain dengan pihak British.

“Peranan yang dimainkan oleh Sarawak bersama-sama wilayah lain semasa penubuhan Malaysia untuk menjadikannya sebagai negara yang berdaulat di samping mempunyai perlembagaan sendiri membuktikan Sarawak bukan menumpang kasih,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan wilayah ini juga turut mempunyai sistem politik dan pentadbirannya yang tersendiri serta soal persempadanan yang jelas.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman pada Isnin.

Sementara itu, Abang Johari turut menyatakan pendirian ini tidak bermaksud untuk mencabar Persekutuan Malaysia.

“Permintaan Sarawak ini berlandaskan MA63 dengan tujuan memperbetulkan dan menuntut hak serta keistimewaan Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, hubungan kerja yang melibatkan kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puah Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom; Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow