Cubaan seludup e-waste 88.39 tan berjaya digagalkan Kastam Pahang

BENTONG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 88.39 tan sisa elektronik (e-waste) dari luar negara di Pelabuhan Utara, Port Klang, Selangor, awal bulan ini.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, sisa e-waste itu ditemui dalam lima kontena, dengan tiga daripadanya diimport dari Amerika Syarikat manakala masing-masing satu dari Panama dan Sepanyol.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan pegawai dan anggota JKDM Bentong dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Selangor, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Lembaga Pelabuhan Klang serta SIRIM Malaysia.

“Siasatan awal mendapati kes ini melibatkan e-waste yang dibawa masuk ke Malaysia, namun pengimport membuat pengikraran dagangan bukan sebagai e-waste sebaliknya mengisytiharkan ia sebagai ‘copper concentrate’.

“Justeru, siasatan awal mendapati niat pihak terbabit adalah untuk membawa masuk e-waste ke dalam negara,” katanya, lapor Berita Harian.

Mohd Asri berkata, terdapat kilang dalam negara memproses sisa elektronik bagi mendapatkan bahan seperti emas, tembaga dan aluminium.

Bagaimanapun, katanya, proses itu boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar kerana turut melibatkan bahan plastik yang sukar terurai.

Beliau berkata, berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan melalui Perintah Kastam berkuat kuasa 1 April lalu, pengimportan barangan e-waste adalah barang larangan import secara mutlak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan bagi kesalahan pertama, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000, yang mana lebih tinggi, dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000, yang mana lebih tinggi.

Selain itu, mereka juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar