Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, seramai tujuh lelaki warga asing berusia antara 22 hingga 28 tahun ditahan dalam operasi tersebut.

Beliau berkata, operasi kira-kira pukul 12 tengah hari itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota.

“Serbuan dijalankan di tiga lokasi berasingan sekitar Kampung Kubang Tiga, Chuping dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.

“Mereka dipercayai memasuki negara ini secara haram melalui sempadan darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak polis turut merampas sebuah beg mengandungi 76 telefon jenis iPhone pelbagai model serta sebuah komputer riba daripada kesemua suspek.

Katanya, kesemua tangkapan dibawa ke IPD Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali serta sebatan,” katanya.

Tambah beliau, semua suspek kini direman selama 14 hari bermula 20 April hingga 3 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau menegaskan, pihak polis akan terus memperketat kawalan sempadan dan membanteras jenayah rentas sempadan.

“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat