Komuniti Madani perantara dasar kerajaan sesuai rencam budaya Sabah

PENAMPANG – Penubuhan Komuniti Madani merupakan antara inisiatif bagi memastikan rakyat faham sepenuhnya dasar penting kerajaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Komuniti Madani diwujudkan adalah sebagai perantara untuk memastikan komuniti setempat memahami dasar kerajaan dalam apa jua bahasa atau dialek yang digunakan.

“Budaya bahasa yang rencam terutamanya di negeri Sabah, menjadi antara cabaran pihak kerajaan untuk menyampaikan mesej sebenar dasar kerajaan kepada rakyat maka Komuniti Madani merupakan inisiatif bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Hampir RM19 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan sebagai geran tahunan kepada penubuhan Komuniti Madani bagi membolehkan fungsinya sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.

“Bukan saja hanya kepada komuniti di peringkat paling asas tetapi di peringkat antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri juga menjadi tugas Komuniti Madani untuk menyampaikan dasar-dasar yang lebih mudah di fahami semua golongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi temu bual dalam Program Pemukiman Komuniti Madani Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, bertempat di International Technology & Commercial Centre, Penampang (ITCC) Grand Ballroom pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan penting bagi Komuniti Madani memainkan peranan mewujudkan kesedaran berkenaan budaya buli yang baru-baru ini tular kes bunuh diri akibat jenayah buli.

“Saya mahu Komuniti Madani memainkan peranan untuk menyebarkan kesedaran tentang buli seperti yang berlaku dalam kes melibatkan seorang pegawai perubatan di Sabah yang telah membunuh diri kerana tertekan akibat dibuli di tempat kerja.

“Saya ingatkan Komuniti Madani berhak untuk meluahkan pendangan dalam pelbagai platform tetapi jangan sampai menghasut, menyakiti perasaan sesiapa apatah lagi membuli, walau berbeza pendapat tetaplah menjaga tatasusila.

“Komuniti Madani pastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dengan menekankan slogan ‘tidak pasti jangan kongsi’, serta bantu mereka berwaspada terhadap sebarang penipuan atau ‘scammer’, anda adalah pasukan hadapan pihak kerajaan,” katanya.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik