NRDA pemacu utama pembangunan Limbang dan Lawas

LAWAS – Perasmian bangunan Pejabat Daerah Lawas yang baharu merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Northen Region Development Agency (NRDA) yang dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli & Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah.

Pengarah Wilayah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Abdul Latif berkata projek pembangunan ini menalan perbelanjaan RM2.4 juta yang akan menggantikan bangunan lama di Wisma Persekutuan.

Jelas Ubaidillah, sebagai badan berkanun Sarawak NRDA prihatin dalam menyediakan ekosistem infrastruktur lengkap dan kondusif untuk para pelajar Seiring dengan PCDS 2030 yang mensasarkan pendidikan berkulaiti untuk melahirkan insan cemerlng.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli & Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah, pejabat pendidikan baharu Lawas akan menjadi peneraju untuk pembangunan pendidikan dan kesejahteraan di Lawas.

Awang Tengah menjelaskan kerjasama antara Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam bidang pendidikan sehingga kerajaan Sarawak sanggup membelanjakan sebanyak RM100 juta kepada kerajaan tempatan bagi sektor pendidikan mengikut prosuder yang ditetapkan oleh kerajaan Sarawak.

“Walaupun soal pendidikan menjadi tanggungjawab persekutuan, namun kerajaan Sarawak juga cuba untuk mengangkat kedudukan pendidikan sebagai komitment kerajaan Sarawak” ujar Awang Tengah.

Turut hadir Ahli Parlimen Malaysia Lawas Dato’ Henry Sum Agong, Pengarah Wilayah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Latif, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Awangku Jinal, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Lawas Kadir Salleh.

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM