Kerajaan dedah butiran MoU ditolak pembangkang

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang bagi membuktikan ketelusan Kerajaan Madani.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, niat Kerajaan Madani adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni.

“..dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha pemulihan ekonomi dan dapat memainkan peranan dengan lebih konstruktif sebagai semak dan imbang.

“Ini penting supaya kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kita dalam memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia.

“Ini jelas dinyatakan dalam mukadimah MoU berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, intipati MoU
berkenaan adalah seperti berikut;

Tempoh kuat kuasa MoU – dari tarikh memorandum dan terpakai sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15 atau pada 19hb Disember 2027 (mana yang terdahulu).

Obligasi Perikatan Nasional – Menyentuh mengenai peranan dan fungsi Ahli Parlimen Pembangkang sebagai komponen penting dan akujanji sebagai Ahli Parlimen Pembangkang Berwibawa, perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina.

Ia juga menyentuh pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.

Obligasi Kerajaan Persekutuan – antara lain mengakui bahawa Ahli Parlimen Pembangkang mempunyai peranan yang besar sebagai Pembangkang dengan menunjukkan kesetiaan kepada Negara, Perlembagaan Persekutuan, dan Institusi Diraja, serta bertindak untuk semak dan imbang secara sah dan bertanggungjawab.

Ketelusan dan tiada kerahsiaan – Memorandum ini tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan.

Pemakaian Undang-Undang – Memorandum Persefahaman ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

Pembatalan memorandum – MoU ini secara automatiknya akan terbatal dan pihak yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut MoU ini.

Ini melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.

Tambah Fadillah, dengan pendedahan MoU ini, rakyat boleh menilai bahawa dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam dilaporkan berkata, Perikatan Nasional memutuskan sebulat suara menolak MoU itu yang dibuat berdasarkan empat sebab utama.

Beliau berkata, syarat MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Related Posts

Pengalaman Singapura jadi rujukan penganjuran F1 Bahrain GP di Sepang – Anwar

PUTRAJAYA – Antara persiapan bagi menjayakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang pada Oktober depan ialah meneliti pengalaman serta amalan terbaik republik Singapura dalam penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoF nafi dakwaan SARA RM100 sekali bayar untuk semua rakyat berusia 18 tahun ke atas

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak