Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan sektor itu perlu dilihat dalam kerangka keamanan dan keadilan.

Mengulas kegelisahan itu, beliau berkata ia wujud apabila dunia tidak sentiasa dipandu oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menggunakan kekuatan ketenteraan.

“Dunia ini tidak semestinya diatur oleh golongan yang siuman kerana ada pihak yang cenderung menggunakan kekuatan ketenteraan dan senjata untuk menakut-nakut atau menekan.

“Kegelisahan ini bukan sahaja dirasai wanita (golongan yang tidak sukakan senjata) tetapi juga ramai pihak yang mahukan keamanan dan kedamaian dunia,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026, pada Isnin.

Terdahulu, Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin dalam ucapan aluan berkongsi pandangan mengenai persepsi negatif terhadap pameran pertahanan, termasuk kebimbangan bahawa senjata yang dipamerkan boleh membawa kemusnahan.

Anwar berkata penjelasan mengenai peranan sektor pertahanan penting supaya masyarakat memahami tujuan sebenar pembangunan teknologi berkenaan.

“Pameran ini bukan hanya memperkenalkan teknologi baharu, tetapi pada masa sama mempertahankan prinsip keamanan dan keadilan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan atas kejayaan menganjurkan acara berkenaan sebagai platform memperkenalkan sektor pertahanan negara kepada dunia.

DSA dan NATSEC Asia 2026 bermula hari ini menghimpunkan 1,456 syarikat pempamer dari 63 negara, peningkatan berbanding 1,324 syarikat mewakili 60 negara pada edisi 2024.

Sejumlah 37 pavilion negara disediakan utk penganjuran kali ini berbanding 38 pada edisi lalu susulan penarikan diri Iran pada saat akhir, dengan negara yang mengemukakan penyertaan terbesar adalah Republik Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Itali, Amerika Syarikat (AS), India dan juga Republik Korea.

Dari segi saiz pavilion, China mencatat penyertaan terbesar dengan 192 syarikat, diikuti Turkiye (87) dan AS (83), selain lima pavilion baharu dari Croatia, Finland, Hungary, Jepun dan Russia.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor